Tuesday, 8 March 2016

Ketahui Tanda-Tanda Anda Sakit Gusi

Tags


Nafas Berbau Busuk

(*)Setelah anda menikmati daging atau bangun tidur, nafas anda akan berbau tidak sedap. Tapi, normal lah tu. Namun, jika anda memiliki masalah bau mulut sepanjang waktu, bahkan setelah memberus gigi dan memakai ubat kumur secara teratur, ia boleh menjad petanda bahawa anda telah mendapat sakit gusi.

Gusi Berdarah

(*)Jika anda nampak gusi berdarah setelah anda memberus gigi, itu adalah tanda bahwa gusi anda telah lemah dan memerlukan rawatan yang tepat. Usah biarkan sakit gusi ini terus melarah, dan sudah tiba masanya anda berjumpa dengan doktor gigi.

Gigi Goyang

(*)Gigi anda menjadi mudah goyang dan keadaan ini jelas menunjukkan gusi anda tidak memiliki pegangan yang kuat.Anda menjadi lebih mudah untuk terkena sakit gusi.

Gigi Sensitif

(*)Jika anda berasa ngilu setelah makan atau minum sesuatu yang sangat panas atau dingin, itu menandakan bahwa kesihatan gusi anda telah terganggu.Gusi yang sihat mudah beradaptasi dengan segala macam suhu.

Gusi Mula Menyusut

(*)Perkara ini biasanya terjadi ketika kesihatan gusi sudah teruk, sehingga gusi mula menyusut. Penyusutan gusi akan membuatkan gigi anda kelihatan lebih panjang dan hujung gigi mula dapat dilihat dengan jelas.

Gusi Bernanah

(*)Sekiranya ada nanah di gusi, anda perlu segera berjumpa dengan doktor gigi. Gejala ini biasanya muncul setelah keadaan sakit gusi anda yang sudah terlalu parah. Ia jelas menunjukkan anda telah mengabaikan kesihatan gusi anda selama ini.


EmoticonEmoticon