Monday, 7 March 2016

Kenali Dan Fahami Apa Itu MENOPAUSE (Harus Ambil Tahu)

Tags


(*)Menopause semulajadi adalah putusnya haid tanpa melakukan sebarang rawatan perubatan atau pembedahan. Bagi wanita yang menjalani menopause semulajadi, proses ini beransur-ansur dalam tiga peringkat.

1.    Perimenopause (Proses Permulaan)

(*)Biasanya bermula beberapa tahun sebelum putus haid / menopause, apabila ovari secara beransur-ansur menghasilkan estrogen yang sedikit. Proses ini akan membuatkan wanita mengalami perubahan tubuh, perasaan dan hormon.



2.    Menopaus (Proses pertengahan)

(*)Adalah masa selepas setahun atau beberapa tahun menamatkan haid, pada peringkat ini juga ovari telah berhenti menghasilkan telur dan juga estrogen.



3.    Postmenopause (Proses selepas menopause)

(*)Ini berlaku selepas tempoh menopaus dan pada peringkat ini, wanita akan mengalami simptom seperti ‘hot flashes’. Walau bagaimanapun, wanita akan mengalami kehilangan estrogen yang banyak dan boleh menyebabkan osteoporosis.



Tahukah anda, terdapat 2 jenis tanda-tanda yang akan dialami oleh wanita yang mengalami menopause, tanda-tanda jangka pendek dan juga tanda-tanda jangka panjang;

1.    Tanda-tanda jangka pendek

a. Sistem Saraf

(*) Badan terasa panas ianya berlaku  kepada 50-70% wanita

(*) Berpeluh pada siang hari atau malam disebabkan oleh kekurangan estrogen, berlaku gangguan kepada daya kawalan terhadap suhu badan

(*) Boleh menghalang tidur anda dan menganggu kerja seharian.


b. Psikologi

(*)Keletihan

(*)Mudah lupa

(*)Kurang daya penumpuan

(*)Susah hendak tidur

(*)Kemurungan

(*)Perubahan emosi

(*)Fahamilah situasi wanita seperti ini kerana mereka mengalami menopause, tanda-tanda sebegini membuatkan mereka mudah melenting atau perubahan mood. Bantulah mereka mengatasi proses ini.


c. Sistem Faraj

(*) Kulit faraj menjadi nipis dan kering

(*) Sakit dibahagian faraj

(*) Merasa sakit di bahagian faraj sesudah melakukan hubungan kelamin

(*) Masalah fungsi pundi kencing, mengalami penitisan air kecil semasa batuk atau selsema

(*) Jangkitan bakteria ‘escherichia coli’ di saluran kencing


d. Kulit

(*) Menjadikan kulit nipis dan kering

(*) Perubahan saiz terhadap payudara


2.    Tanda-tanda jangka panjang ialah;

(*)Osteoporosis (kekurangan tisu tulang yang serius)

(*)Serangan penyakit jantung

(*)Serangan angin ahmar (strok)

(*)Penyakit elzheimer (mudah lupa)



(*)Oleh itu, sebagai seorang wanita yang lebih banyak memainkan peranan di dalam keluarga anda perlulah mengamalkan permakanan yang sihat, diet yang seimbang dan juga pengambilan suplimen buat tubuh badan anda. Ini kerana ia akan menjaga tulang anda supaya kekal sihat.


EmoticonEmoticon