Berikut beberapa jenis makanan yang perlu anda jauhi kerana boleh merosakkan gigi. Antaranya:
Buah-Buahan Asam
(*)Buah-buahan yang memiliki PH yang bersifat rendah atau asid. Kandungan asam inilah yang akan meninggalkan kesan buruk terhadap kerosakan gigi iaitu boleh menyebabkan rasa ngilu dan sensitif pada lapisan terluar gigi (email). Jeruk,buah anggur, strawberi dan nanas adalah contoh buah-buahan yang memiliki sifat asid cukup tinggi.
Minuman Berkarbonat
(*)Minuman berkarbonat, terutama yang ada tulisan ‘diet’ atau rendah kandungan gula sering menjadi tarikan pembeli, terutama mereka yang memperhatikan jumlah gula dan kalori. Biarpun dikatakan tidak mengandungi kadar gula tinggi, tetapi minuman berkarbonat jenis ini memiliki kadar asid yang tinggi. Asid ini boleh merosakkan lapisan luar gigi.Selepas habis meminumnya, anda disarankan untuk berkumur.
Ais Batu
(*)Adakah anda tergolong dalam kategori mereka yang suka mengunyah ais batu? Kebanyakan orang gemar mengunyah ais batu.Kebiasaan ini boleh mengikis lapisan luar gigi dan menyebabkan gigi retak tanpa disedari. Mulai hari ini, ubat tabiat ini ya!
Kopi
(*)Minuman pagi yang menjadi kegemaran ramai ini sebenarnya mengandungi kadar asid yang cukup tinggi apabila anda kurang memperhatikan cara dan jumlah pengambilannya yang tepat. Tanpa anda sedari ia akan memberikan efek buruk sehingga gigi anda menjadi rosak.
Gula-Gula/Makanan Manis
(*)Gula-gula adalah media utama perosak gigi terutama pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.Bakteria di dalam mulut sangat menyukai makanan yang manis-manis. Bakteria ini akan memakan sisa gula daripada gula-gula yang melekat di celahan gigi yang belum diberus, lalu melalui suatu proses kimia akan menghasilkan zat asid yang menyerang enamel selama 20 minit setelah anda menghisap gula-gula tersebut. Jika perkara ini berlarutan maka gigi anda akan mudah diserang oleh bakteria jahat.
EmoticonEmoticon