1. [-]Madu
(*)Madu sangat efektif untuk menghilangkan bulu pada kaki anda. Campurkan tiga sudu makan madu dengan sedikit air perahan lemon. Panaskan seketika. Apabila suam, sapukan pada bulu kaki anda. Biarkan selama sejam, kemudian barulah dibersihkan.
2. [-]Putih Telur
(*)Menggunakan putih telur juga sangat berkesan untuk hilangkan bulu kaki. Campurkan dua sudu makan gula, satu sudu teh tepung jagung dan sebiji putih telur. Kacau kesemua bahan sehingga sebati, kemudian sapukan pada kaki anda yang berbulu. Biarkan beberapa minit sehingga bulu kaki anda akan tertanggal dengan sendirinya.
3. [-]Gula
(*)Campur dua sudu makan gula dengan perahan limau nipis.Kemudian panaskan sehingga membentuk karemel. Biarkan sehingga suam, kemudian barulah disapu pada kaki anda yang berbulu itu. Ramuan gula yang telah dicampur dengan limau nipis boleh menghilangkan bulu kaki hingga ke akarnya.
4. [-]Kunyit Hidup
(*)Campurkan khasiat kunyit hidup yang telah dikisar halus dengan kapur sirih. Ambil lima sudu makan kunyit hidup yang telah dikisar, gaul hingga sebati bersama saty sudu makan kapur sirih. Cara hilangkan bulu kaki menggunakan kunyit hidup dan kapur sirih sangat mudah, campurkan kedua bahan tersebut. Gaul hingga rata dan kemudiannya disapu pada kaki yang berbulu sehingga bulu tersebut tertanggal dengan sendirinya ketika digosok.
EmoticonEmoticon