((*))Bayi yang diberikan air putih, akan menggangu kebolehan tubuh untuk menyerap nutrisi dari susu ibu atau susu formula. Memberikan air putih juga akan menyebabkan bayi anda kenyang dan tidak mahu susu ibu atau formula.
Bahaya Bayi Minum Air Putih
Mengganggu Pembesaran Bayi
((*))Apabila perut bayi telah dipenuhi air putih, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Sawan Tarik
((*))Air putih sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Bayi yang terlalu banyak meminum air putih akan mencairkan garam di dalam darah. Sindrom yang dipanggil ‘Oral Water intoxication’ ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.
Merencatkan Akal
((*))Memberi air putih kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundis sehingga menyebabkan terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
Jangkitan Penyakit
((*))Air putih yang mempunyai kuman menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku seperti air diperoleh dari sumber yang tidak selamat. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Kesimpulan
((*))Hakikatnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air putih.Hal ini kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit dan kembung perut. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi anda.
EmoticonEmoticon