(-)Berat Badan Jadi Semakin Bertambah
(+)Salah satu bahaya makan malam yang akan menanti anda apabila mengambil makanan berat atau kudapan pada malam hari sebelum tidur adalah naiknya berat badan anda secara mendadak. Ini adalah kerana setiap makanan atau kudapan yang masuk ke dalam tubuh memiliki kandungan kalori yang diperlukan tubuh untuk melakukan aktiviti.Ketika makanan yang mengandungi kalori tinggi masuk ke dalam tubuh, namun tidak ada aktiviti yang dilakukan, maka kalori tersebut tidak akan terbakar. Keadaan ini akan membuatkan lemak berkumpul di dalam tubuh. Kalori yang tidak terbakar ini, kemudiannya akan menjadi lemak dan sangat mempengaruhi berat badan anda.
(-)Serangan Jantung
(+)Serangan jantung boleh terjadi disebabkan oleh lemak yang berkumpul dan berisiko menyumbat bahagian-bahagian pembuluh darah. Ia akan meningkatkan risiko serangan jantung dan sebagainya.
(-)Diabetes
(+)Bahaya makan malam yang mungkin akan anda hadapi apabila kerap mengambil makanan berat atau kudapan sebelum tidur ialah diabetis. Penggumpulan lemak yang terjadi disebabkan gaya hidup anda yang tidak sihat ini akan mengundang penyakit diabetis tanpa anda sedari.
(-)Kualiti Tidur Terganggu
(+)Pola tidur dan kualiti tidur anda pasti akan terganggu apabila anda mempunyai kebiasaan mengambil makanan berat atau pada pada malam hari sebelum masuk tidur.Apapun jenis makanan ia pasti mengandungi kalori. Kalori merupakan suatu bahan bakar yang diperlukan tubuh, sehingga tidak boleh membuatnya cepat tidur dan pasti akan terjaga sejenak. Ini adalah kerana makanan yang mengenyangkan akan memberi stimulasi untuk melakukan suatu pekerjaan, bukannya tidur. Keadaan ini akan mempengaruhi kualiti tidur sehingga membuatkan anda sukar bangun pada keesokan harinya.
EmoticonEmoticon