Friday 19 February 2016

Solat Sunat Istikharah

Tags



(*)la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

(*)Cara Solat Istikharah

(*)a.  Lafaz niatnya:


(*)Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

(*)b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

(*)Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
(*)Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).

(*)Atau;

(*)Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
(*)Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

(*)c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:

(*)Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya (*)Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

(*)d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

(*)e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

(*)f. Membaca doa solat sunat Istikharah:


(*)g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”

(*)h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

(*) i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.


EmoticonEmoticon