Thursday 5 January 2017

Allahu.. Detik Sukar Bagi Penduduk Pisau Raut Untuk Menguruskan Pengebumian Jenazah Ketika Musim Banjir.


[#] Mereka bukan sahaja terputus hubungan dan rumah dimasuki air, tetapi berdepan tanah perkuburan di Bendang Pak Yong juga tenggelam.


[#] Namun atas usaha sepakat penduduk kampung, pengurusan jenazah seorang wanita, Nur Syahirah Suhaili, 23, yang meninggal dunia jam 2 pagi semalam, selamat dikebumikan dengan bantuan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tumpat, kira-kira 1.30 petang semalam.


[#] Penduduk terpaksa meminta bantuan APM untuk membawa keluar jenazah ke darat dan kemudiannya dibawa dengan trak APM ke tanah perkuburan di Kampung Geting yang tidak terjejas banjir.


[#] Jemaah yang datang menunaikan solat jenazah juga perlu menaiki perahu dan ada yang mengharung air banjir sedalam satu meter.


[#] Setiausaha Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bendang Pak Yong, Arifin Awang Chik berkata, urusan memandikan jenazah dilakukan di surau Pangkalan Jenerih, Pisau Raut memandangkan kediaman arwah dinaiki air hampir mencecah lantai.


[#] “Semua urusan perlu menggunakan bot, jemaah yang nak datang solat pun naik bot, nak bawa jenazah pun dengan bot.


[#] “Sanak saudara yang datang pun kena naik bot dan ada yang meredah air banjir bagi yang tinggal berdekatan surau, malah surau juga digenangi air,” katanya.


[#] Operasi membawa keluar jenazah Nur Syahirah mengambil masa 25 minit menaiki bot APM Tumpat dibantu empat anggotanya.


[#] Jenazah dibawa keluar melalui Kampung Jubakar Darat dan kemudian menaiki trak APM untuk dihantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Geting.


Sumber SINAR HARIAN





EmoticonEmoticon