Wednesday 28 December 2016

Wanita Yang Nak Duit Poket Lebih, Boleh Belajar Buat Uncang Kunyit

Tags


(**)Rahsia jamu kali ini cukup bagus untuk kaum wanita jaga dalaman dengan cara 'kilat'. Kalau anda rajin usahakan, uncang ini boleh buat bisnes dan pastinya khasiat dapat dirasai oleh kaum Hawa yang gigih menjaga badan.

(**)Nak tahu lebih lanjut cara buat, ikuti perkongsian dari saudari Nur Airiz Faudzan...


(**)Hari ini nak kongsi resepi uncang jus kunyit ekspress. Bahan-bahan kena kering dulu. Jus kunyit masing-masing punya resepi sendiri, bahan-bahan tak sama.

(**)Ini resepi saya sendiri dan saya inovasikan kepada uncang. In shaa Allah tak kelat, sedap. Bahan-bahan lain menenggelamkan rasa kelat kunyit tapi masih mengekalkan khasiatnya.

(**)Buat banyak-banyak boleh simpan buat stok, nak minum sendiri rendam je uncang dalam air panas macam buat teh. Kalau nak buat meniaga, kena rebus uncang sekali mendidih untuk tahan lama. Kisar kering bahan-bahan secara berasingan.

(**)Sukatan untuk 1 uncang selepas dikeringkan dan dikisar
(**)1 stgh tsp ibu kunyit
(**)1 stgh tsp temukunci
(**)1 stgh tsp cekur
(**)1 tsp sirih

(**)Ada yang tmbah halia,tapi saya tak bubuh sebab nanti pedas, lagi pun cekur tu adalah sejenis keluarga halia yang punya khasiat yang sama, tapi tak pedas. Sirih sangat bagus bila bersama dengan temukunci, boleh hilangkan bau badan insya Allah.

(**)Lepas sukat terus masuk dalam uncang. Siap. Buat banyak-banyak, simpan. Nak minum rendam je.

(**)Cara Nak Minum
(**)Rendam uncang dalam air panas bersama dengan 1 sudu teh isi asam jawa dan gula mengikut citarasa. Rendam selama 5 minit atau lebih. Boleh diminum. Khasiatnya cukup bagus untuk dalaman perempuan.

(**)Untuk Bisnes
(**)Kalau nak buat meniaga jus kunyit dalam botol, boleh rebus uncang dan boleh tambah bahan lain ikut cita rasa contohnya beras, serai, halia dan lain-lain.


EmoticonEmoticon