Wednesday 28 December 2016

[Wajib Baca!! ] Perkara Yang Wajib Anda Ada Sebelum Usia 35 Tahun

Tags


Sebelum usia 35 tahun, apa yang uolsss mahukan? Rumah? Kereta? Itu sahaja? Tak cukup, sungguh 2 perkara itu tak cukup sebab uolsss perlu capai 5 perkara utama ini sebelum usia tersebut agar hidup uolsss stabil dan bebas dari masalah kewangan.


Menurut pakar hartanah perancangan awal perlu dibuat sewaktu uolsss memperoleh gaji pertama lagi. Jadi, usahlah membuang masa dan mulalah merancang sekarang. Semakin cepat uolsss merancang, semakin cepat uolsss capai 5 perkara berkenaan.


#1. DUDUK RUMAH YANG SELESA

Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan? Jadi, belilah rumah yang selesa untuk uolsss duduk bersama isteri dan anak2. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, betul tak? Tapi ikutlah kemampuan masing2 ya.


#2. DUA RUMAH UNTUK PELABURAN

Sebelum uolsss teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang uolsss ada 2 biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah uolsss merasa cashflow ratus2 setiap bulan. Jadilah duit geli2. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi. Betul tak?


#3. SIMPANAN ENAM BULAN GAJI

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan 6 bulan gaji kita ni. Sis lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila uolsss cemas, uolsss pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan! Ingat tu!!


#4. SIMPANAN BULANAN TETAP

Kalau uolsss berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan uolsss dalam keadaan baik. Sebab uolsss punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.


#5. KERETA YANG MEMUASKAN

Dah 10 tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan? Betul tak? Jangan tipu la.. Hehehe.. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah uolsss beli 1 kereta yang best2 sikit. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus2 ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawa family jalan pun selesa.

P/S : Nak capai semua ini mesti ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. uolsss kena capai semua ini dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat! Jangan lengah2 lagi!! Uolsss masih muda lagi kan? Jangan persiakan umur yg ada! Ingat tu!!

Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, selepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat uolsss mula merancang, lagi susahlah uolsss nak capai 5 perkara di atas itu. Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, tak ada simpanan, pinjam duit mak bapak. Allahu..

Nota: Kalau uolsss dapat capai semua ini pada umur 30 tahun lebih bagus. Tak ada siapa nak halang uolsss. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus.


EmoticonEmoticon