Wednesday 28 December 2016

Petua Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Kerak Dan Karat Hitam Pada Kuali

Tags



Kuali berkerak hitam tu memang perkara biasa. Sental banyak kali pun susah betul nak hilang kan? Tapi jangan risau, sis ada 7 petua mudah dan berkesan untuk hilangkan kerak hitam ni, Jom tengok apa petua-petua berkesan yang sis sediakan di bawah ni:

1. Garam

  • Caranya mudah sahaja. Panaskan air dalam dalam periuk yang berkerak dan masukkan sedikit garam. Kemudian, korang sental dan kikis kerak hitam tu dengan sudip.


2. Cuka

  • rebus cuka dalam periuk berkerak tu. Biar cuka yang direbus tu hingga betul-betul sejuk. Kemudian, mulakan dengan menyentall.


3. Soda Bikarbonat

  • panaskan air dalam kuali. Tunggu air mendidih dan uolsss masukkan soda bikarbonat atau baking powder okay. Tunggu kuali tu sejuk , lepas tu baru boleh uolsss cuci.


4. Lemon

  • Potong lemon dan rebus bersama dengan kulit. Biarkan sejuk selama 3-4 jam sebelum uolsss cuci periuk tersebut seperti biasa.


5. Cream Of Tartar

  • Rendam cream of tartar ni semalaman dan korang boleh cuci kuali tersebut keesokannya dengan mudah.


6. Kentang

Nak guna kentang ada 2 cara:

  1. Tabur garam dalam periuk dan jadikan sebagai skrub macam dalam gambar ni: Cara ini cukup berkesan untuk karat periuk yang dah lama uolsss tak guna
  2. Cara kedua dengan menggunakan kulit kentang. Caranya uolsss letak kulit kentang dalam periuk dan isikan air samapi menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Hasilnya, kerak pada periuk akan tertanggal sendiri.


7. Asam Keping

  • Ambil segenggam asam jawa dan masukkan dalam periuk berkerak atau berkarat . Letak air dan biarkan ia mendidih. Tunggu je kuali tu sejuk lepas tu uolsss gosok permukaan kuali dengan guna asam jawa. Gosok dan cuci sampai kerak atau karat kuali tu hilang.


EmoticonEmoticon