Wednesday 28 December 2016

Perempuan Kena Cukup Tidur Kalau Tak Nak 5 Penyakit Ini Singgah

Tags


(**)Mungkin ramai wanita tak kisah tentang tidur sebab terlalu banyak hal nak kena selesaikan sebelum tidur, tambah pula bagi anda yang bekerja.

(**)Nampak macam benda remah tapi ramai yang tak ambil peduli dengan akibat buruk jika tidak cukup tidur.

(**)Kajian oleh saintis dari Universiti Duke di North Carolina pula mendapati, wanita yang kurang tidur akan mengalami kemurungan dan kerap marah.

(**)Jadi bagi kaum wanita, anda perlu ubah gaya tidur anda supaya bukan sahaja wajah lebih berseri tapi tidaklah anda jadi ‘singa’ sepanjang masa. Dan lagi parah kalau kena 5 penyakit ini...

(**)1. Wajah cepat berkedut
(**)Kalau tak cukup tidur, mesti akan ada eyebag bawah mata. Buatkan wajah terus jadi tak cantik. Tapi ramai je wanita masih buat. Tak cukup tidur buatkan kulit cepat berkedut.

(**)2. Nyanyuk & memori jadi lemah
(**)Tak semestinya usia masih muda ingatan pun masih kuat. Kalau anda ni jenis suka lepak sampai ke pagi dan tak cukup tidur je, jangan terkejut tiba-tiba anda jadi pelupa. Tidur yang cukup menguatkan memori.

(**)3. Cepat gemuk
(**)Kalau asyik berjaga mestilah perut sentiasa lapar. Lagi parah bila lewat malam je nak makan. Memang gemuk la badan tu nanti. Belum lagi kalau jenis yang lepak mamak je sampai lewat malam.

(**)4. Emosi 'kelaut'
(**)Kalau tak cukup tidur je mesti bad mood. Badan cepat penat dan suka marah-marah. Ini kerana otak tidak dapat dapat berfungsi dengan baik dan akan bertindak melulu tanpa berfikir panjang.

(**)5. Risiko terlibat kemalangan
(**)Dah la tak cukup tidur lepas tu nak pandu kereta. Sekali terlelap, memang mengundang bahaya. Sila berubah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

(**)6. Diserang penyakit
(**)Jika tabiat tak cukup tidur anda tu berterusan, jangan terkejut jika anda diserang penyakit yang anda sendiri tak menduga seperti darah tinggi.

(**)Masih suka tidur lambat ke? Sebelum terjebak, eloklah bijak uruskan masa untuk dapatkan rehat yang cukup!


EmoticonEmoticon