Wednesday 28 December 2016

Orang Tengok Kuku Pun Dah Boleh Baca, Kita Pembersih Atau Sebaliknya. Nah, Cuba Jaga Penampilan!

Tags


(**)Kuku ibarat cermin atau gambaran asas keperibadian seseorang. Kuku yang dijaga rapi akan kelihatan cantik. Dan kuku yang cantik juga menambah kepercayaan diri. Ikuti masalah-masalah yang sering dihadapi kuku kita agar mudah kita merawatnya dan mengekalkan kecantikannya.



(**)1. Kering

(**)Masalah ini mungkin terjadi disebabkan oleh kekurangan vitamin A, kalsium dan zat besi. Juga disebabkan terlalu kerap berendam di dalam air panas atau sejuk. Perlu banyakkan makanan yang mengandungi zat-zat yang disebutkan tadi. Selain itu, rajinkan diri anda untuk mengurut kuku dan jari dengan menggunakan krim pelembap atau minyak zaitun.



(**)2. Halus & Lemah

(**)Perkara ini biasanya terjadi disebabkan oleh keturunan atau kerap menggunakan pembersih kuku yang mengandungi bahan yang boleh merosakkan kuku. Bagi mengelakkan daripada kuku anda menjadi demikian, sentiasalah mengambil makanan yang mengandungi kadar protein, kalsium dan zat besi yang tinggi.



(**)3. Mudah Terkoyak

(**)Perkara ini berlaku disebabkan oleh masalah keturunan atau masalah kekurangan Vitamin B. Oleh yang demikian, anda peru mengambil lebih banyak makanan yang mempunyai kandungan Vitamin B yang banyak.



(**)4. Tebal & Keras

(**)Ada antara kita yang memiliki kuku yang terlalu tebal dan keras. Bahagian tepi kuku pecah-pecah dan berwarna kekuningan atau kehijauan mahupun berwarna coklat. Memakai kasut yang ketat akan membantutkan pertumbuhan kuku dan mengakibatkan masalah kuku tebal dan keras. Jadi pakailah kasut mengikut saiz kaki anda yang sebenar. Jika tidak ia akan mencacatkan bentuk sebenar kuku anda.



(**)5.  Berbintik Putih

(**)Bintik putih ini terjadi disebabkan terdapat udara pada dasar kuku anda. Anda pasti perasan jika kuku anda semakin panjang, lama-kelamaan bintik putih itu akan hilang dengan sendirinya apabila memotongnya. Bintik putih ini bukan satu penyakit dan tidak perlu dirisaukan.



(**)Jadi macam mana nak jaga kuku? Haaa, anda kenalah amalkan pemakanan sihat ini. Cuba semak...



(**)1.Ikan Salmon

(**)Walaupun berasid, ikan salmon adalah satu sumber nutrien untuk menguatkan kuku. Ia amat kaya dengan B12, malah kekurangan sumber ini boleh menyebabkan kuku menjadi kering dan gelap.



(**)2.Telur

(**)Telur mempunyai tempat dalam diet tulang sihat. Ia adalah salah satu sumber vitamin D, dan kandungan protein yang terkandung adalah penting untuk kuku yang kuat. Tidak seperti daging, protein dalam telur adalah sangat mudah dicerna dan mudah diambil oleh badan.



(**)3.Kekacang

(**)Kacang kaya dengan Biotin. Vitamin ini telah menunjukkan peningkatan kekuatan kuku dan integriti. Dalam satu kajian menyatakan seorang peserta dengan kuku rapuh diberi 2.5mg Biotin setiap hari selama 6 bulan. Peliknya, ketebalan kuku peserta telah meningkat sebanyak 25 peratus .



(**)4.Oat

(**)Oat mengandungi mikronutrien seperti tembaga dan zink yang penting untuk kuku sihat dan penyelenggaraan tulang. Ia juga mempunyai mangan, silikon, dan vitamin B-kompleks, iaitu yang menggalakkan kuku dan tulang yang sihat.



(**)5. Biji Bunga Matahari

(**)Biji bunga matahari mengandungi mineral mangan dan tembaga, yang penting untuk sintesis dan pengeluaran tisu penghubung dalam tulang dan rawan. Biji yang rangup ini juga mengandungi Vitamin B6, zink, dan Vitamin E. Semua mineral dan vitamin ini menyumbang kepada kuku yang sihat dan tulang yang kuat.



(**)6. Kacang Hijau

(**)Kacang hijau adalah sangat baik untuk kesihatan tulang. Penuh dengan Vitamin K dan B-kompleks, kacang ini juga mengandungi jumlah Omega-3 asid lemak.


EmoticonEmoticon