Wednesday 28 December 2016

Elakkan 7 Perkara Ini Ketika Menghadiri Majlis Perkahwinan. [ Wajib Baca!! ]

Tags


Kawal Diri Dan Elakkan Perkara Ini Ketika Menghadiri Majlis Perkahwinan!!

[:] 1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Macamlah kita sempurna sangat.


[:] 2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kue tiaw, soto, bakso...Kalau nak aneka juadah, pergilah pasar malam...Banyak di sana.


[:] 3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, kau ke pengantin?


[:] 4. Tak bersyukur bila dapat door gift. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Alahai...., coklat 20 sen, kain tuala. Surah Yasin..Haa, elok dia bagi surah Yasin. Mudah-mudah mati nanti senang kawan-kawan nak bacakan.


[:] 5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke, pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan sebegini.


[:] 6. Orang dah jemput pergi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.


[:] 7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging gearbox, acar, bubur, laksa. Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. ..eh..eh...


;;Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.

;;Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.


;;Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah. Batalkan niat.


;;Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam...awak MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI...


Sumber Group whatsapp


EmoticonEmoticon