Tuesday 2 August 2016

Tip Pemilihan Kanta Lekap Berwarna

Tags


(**)Kanta lekap kini bukan sahaja menjadi ‘pembantu’ deria penglihatan, malah menjadi item fesyen utama dalam dunia kecantikan. tip pemilihan kanta lekap berwarna

(**)1. Pilih warna yang sesuai dengan kulit. Warga Malaysia kebanyakannya gemar memilih rona kelabu dan coklat kerana ia tampak semula jadi. Mungkin rona hijau mahupun ungu hanya sesuai untuk mereka yang membuat persembahan di pentas yang membolehkan look lain dari yang lain.

(**)2. Kanta lekap yang mempunyai dua hingga tiga warna menjadikan rona mata lebih semula jadi.

(**)3. Ada kanta lekap yang dicipta bertujuan menjadikan mata kelihatan besar. Pastikan anda pilih yang tidak terlalu besar diameternya, bimbang wajah kelihatan pelik pula.

(**)4. Bagi mereka yang menggunakan kanta lekap bertujuan sekadar sebagai kosmetik, pastikan anda menjaga kebersihan dan tatacara pemakaian dengan betul. Bimbang jika penjagaan sambil lewa menyebabkan jangkitan kuman.

(**)5. Kanta lekap yang tidak mempunyai lingkaran gelap di bahagian luarnya menjadikan rona mata kelihatan lebih semula jadi.


EmoticonEmoticon