Tuesday 2 August 2016

Jenis Makanan Tidak Baik Untuk Kanak-kanak

Tags


(**)Pemakanan yang sihat menjamin tumbesaran dan otak yang sihat buat kanak-kanak. Namun hari inia da sebahagian ibu bapa yang mengabaikan amalan pemakanan sihat buat anak-anak walhal ia penting demi masa hadapan mereka.

(**)Cara pemakanan memainkan peranan dalam memastikan tubuh mereka sentiasa kuat, segar, bertenaga dan minda yang cekap belajar. Bukan hanya buat kanak-kanak, pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan untuk setiap peringkat umur.

(**)Ia penting demi memastikan kesihatan yang baik berpanjangan. Jadi, anda perlu tahu jenis makanan yang bagaimana tidak baik untuk kanak-kanak.

(**)Makanan Segera
(**)Tidak kira apa sahaja jenis makanan segera sebenarnya tidak baik untuk kesihatan setiap peringkat umur, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ia boleh mengundang pelbagai penyakit merbahaya seperti kerosakan dan menyebabkan arteri tersumbat.

(**)Minuman Berkarbonat
(**)Umum tahu yang minuman berkarbonat menjadi punca penyakit diabetes kerana kandungan gulanya yang tinggi. Ia juga boleh membawa kepada perubahan perlakuan kanak-kanak yang akan menjadi lebih agresif.

(**)Snek Ringan/ Keropok
(**)Sering kita dengar sejak dari kecil yang ibu bapa kita selalu melarang kita untuk makan snek ringan. Ia ternyata benar kerana snek ringan mempunyai bahan pengawet, pewarna, perasa sintetik dan minyak yang boleh mengakibatkan tahap kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Pemprosesannya sudah boleh menunjukkan yang ia sejenis makanan yang tidak berkhasiat.

(**)French Fries
(**)Tidaklah sehingga perlu dihentikan serta merta dari segi pengambilannya. Tetapi haruslah dikurangkan kerana kandungan lemak dan garam yang terlalu tinggi di dalam french fries serta tiada sebarang khasiat buat kanak-kanak.

(**)Daging Proses
(**)Sememangnya ramai yang sukakan daging proses kerana ia senang untuk disediakan. Tetapi adakah anda tahu bahawa ia boleh menyumbang kepada penyakit jantung dan kanser dalam jangka masa panjang? Jadi, sebaiknya kurangkan pengambilan daging proses untuk anda dan anak-anak anda demi kesihatan yang baik berpanjangan.


EmoticonEmoticon