Friday 26 August 2016

Resepi Kek Batik Leleh

Tags


Bahan-bahan Kek Batik Marie Leleh

(**)1 paket biskut marie
(**)125 gram mentega
(**)150 gram coklat masakan
(**)3 biji telur
(**)½ cawan kecil susu segar
(**)3 sudu susu pekat
(**)80 gram milo/horlick



Bahan Hiasan

(**)½  Coklat masakan / Ganache
(**)2 sudu susu pekat
(**)2 kiub mentega


Cara Membuatnya:

(**)Pukul telur sehingga hancur dan dan selepas itu, ketepikan telur itu dahulu.
(**)Panaskan susu segar di dalam periuk dengan api kecil tetapi jangan sampai mendidih.
(**)Masukkan susu pekat, milo, dan coklat masakan. Kacau hingga larut.
(**)Masukkan mentega dan telur, kacau hingga mendidih dan adunan menjadi pekat dan berkilat.
(**)Masukkan biskut marie dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
(**)Masukkan ke dalam loyang atau acuan yang sesuai dan tekan hingga mampat.
(**)Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.



Cara-cara Membuat Bahan Hiasan:

(**)Panaskan coklat masakan/ganache secara double boiler.
(**)Masukkan susu pekat dan mentega.
(**)Kacau hingga sebati.
(**)Keluarkan kek batik yang telah disejukkan dan tuang bahan hiasan ini di atas kek batik tersebut.


EmoticonEmoticon