Saturday 27 August 2016

Kempiskan Perut & Kulit Cantik, Carilah Limau Bali!

Tags


(**)Ada yang kurang gemar makan limau bali? Anda perlu berubah dan cuba sesekali makan buah ini untuk jaga kesihatan. Isi buah limau bali segar dan banyak mengandungi air, boleh terus dimakan setelah dikupas mahupun dijadikan jus.

(**)Buah limau bali ini cukup bagus bagi kaum wanita kerana...

1. Rawat masalah kolestrol
(**)Buah limau  bali amat bermanfaat bagi kesihatan, kerana kandungan pektin yang terdapat di dalamnya lebih banyak dibandingkan dengan limau jenis lain. Dikatakan pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan kolesterol sekali gus mengurangi risiko sakit jantung.

2. Serat yang tinggi
(**)Sebiji buah limau bali mengandungi lebih kurang 25 peratus keperluan serat yang diperlukan tubuh setiap hari.

3. Legakan cirit birit
(**)Makan buah limau bali dikatakan mampu merangsang kesihatan pencernaan dan menghapuskan masalah seperti sembelit dan cirit-birit.

4. Turunkan berat
(**)Mengandungi enzim pembakar lemak yang mampu membantu mengurangkan berat badan. Enzim yang dikenali sebagai Carnitine pamitoyl-transferase ini, tidak ditemui dalam kebanyakan makanan. Ini mampu merangsang perjuangan anda menentang perut buncit. Tidak hairanlah mereka yang berdiet memilih buah limau bali sebagai tabiat pemakanan sihat.

5. Perangsang imun pantas
(**)Setiap biji buah limau bali mengandungi lebih kurang 600 peratus keperluan vitamin C yang diperlukan tubuh. Sumber besar asid askorbik ini telah lama digunakan di Asia Tenggara sebagai perangsang sistem imun yang pantas.

6. Hapuskan kulit berkedut
(**)Kandungan vitamin C yang tinggi juga bertindak sebagai antioksidan yang boleh mengelakkan radikal bebas berleluasa dalam tubuh. Apabila kurangnya radikal bebas, sudah pasti tanda-tanda penuaan kulit seperti kedutan, kulit mengendur dan jeragat berlaku.

7. Bagus untuk mulut
(**)Vitamin C juga menghasilkan kolagen yang mampu menguatkan tisu-tisu, organ-organ dan sel-sel dalam tubuh. Ini merangsang kekuatan gusi dan permukaan mulut sekali gus mencegahnya daripada menjadi lemah.

8. Rangsang sistem peredaran darah
(**)Setiap sebiji buah limau bali mengandungi 37 peratus kalium yang diperlukan tubuh setiap hari. Ini mampu melepaskan tekanan pada pembuluh darah dan merangsang peningkatan peredaran darah dan pengoksigenan sistem organ.

9. Elak kecederaan ligamen
(**)Jika anda mudah mengalami kekejangan dan kecederaan otot disyorkan, mengambil buah limau bali. Ini kerana kandungan kalium dalam memainkan peranan penting sebagai keseimbangan cecair dalam tubuh. Tanpa tahap kalium yang cukup, anda mungkin mudah mengalami kekejangan, kebas dan kecederaan ligamen.

TAPI KENA ELAK JIKA...
(**)Jika anda mengalami masalah penyakit hati, buah pinggang, hipotensi (tekanan darah rendah, jangan terburu-buru mengambil buah limau bali. Ini berikutan dengan kandungan vitamin C dan kalium yang terdapat di dalamnya boleh membahayakan anda.


EmoticonEmoticon