(**)Lebaran tiba lagi setelah setahun kita menanti. Biarpun bulan Ramadan adalah satu bulan kita berpuasa dari lapar dan dahaga buat umat Islam, tetapi jangan pula biarkan tubuh kembali bermasalah dengan berat badan berlebihan berbanding sebelum raya menjelma.
(**)Tiap lebaran kita akan dihidang dengan banyak juadah dan aneka biskut raya ketika kunjung-mengunjung ke rumah sanak saudara. Bukan hanya ketika berhari raya, malah ketika sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas.
(**)Jika anda risau berat badan naik kala musim perayaan nanti, usah bimbang lagi kerana kajian mendapati purata peningkatan berat badan ketika musim perayaan kebiasaannya antara tiga hingga lima kilogram sahaja.
(**)Anda mencari cara menurunkan risiki berat badan naik tiap kali tiba musim perayaan? Cuba tip ini dan lihat keberkesanannya nanti.
(**)Minum air dengan banyak.
(**)Mungkin ini salah satu tip yang biasa kita dengar tetapi disebabkan ia berkesan, pastinya ia baik untuk diamalkan. Cuba minum satu ke dua cawan air kosong sebelum makan. Ini kerana air akan memenuhi 1/3 perut anda dan sekaligus ia membuatkan anda akan berhenti makan dengan lebih cepat sebelum terlebih kenyang.
(**)Tingkatkan senaman harian
(**)Semua orang berhak untuk menikmati semasa perayaan tiba. Ia adalah satu-satu masa yang hanya mempunyai hidangan seperti rendang tok dan ketupat. Menikmati setiap darinya tetapi pastikan anda tingkatkan rutin senaman harian anda untuk membakar lebih kalori.
(**)Makan apa sahaja yang anda suka – tetapi dengan beberapa gigitan sahaja.
(**)Manisan dan aneka juadah terhidang ketika hari raya dan musim perayaan lain. Dari kuih tart nenas ke kek lapis dan banyak lagi, dan ada di antaranya sehinggakan sanggup membawa lebih biskut pulang ke rumah hanya untuk menikmatinya ketika berehat. Jika anda seorang yang tidak boleh henti dalam pengambilan biskut dan manisan di hari raya, berikan anda sedikit peluang untuk merasainya sekadar dengan satu gigitan untuk ke semuanya. Ingat, hanya sekali gigitan!
(**)Jangan makan selepas pukul 7 malam.
(**)Pakar memberitahu bahawa lebih awal waktu kita makan, semakin besar kemungkinan yang ia akan dibakar segala kalorinya. Namun apabila anda makan pada lewat malam, makanan mungkin akan disimpan menjadi lemak. Jadi, jika anda sedang mencari cara untuk mengurangkan berat badan, berhenti makan selepas 7 malam.
EmoticonEmoticon