Bahan-Bahan:
(**) ½ ekor ayam
(**) 3 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
(**) ½ kulit kayu manis
(**) 2 tangkai serai (ambil bahagian putihnya dan ketuk-ketuk)
(**) 700 ml santan cair
(**) Garam/kicap manis secukup rasa.
(**) 125ml santan pekat
(**) 5 sudu serbuk kari
(**) 2 sudu cili kering yang sudah dikisar.
(**) 10 biji bawang merah (dikisar)
(**) 2 biji bawang putih(dikisar)
(**) ½ cm halia(dikisar)
(**)5cm kunyit hidup(dikisar)
(**) 1 asam keping
(**) 8 helai daun kari
Cara untuk membuat:
(**)Bersihkan ayam dan potong mengikut kesukaan.
(**)Panaskan minyak dalam api yang sederhana, masukkan kulit kayu manis, bawang merah, bawang putih, halia,kunyit hidup dan cili kering yang sudah dikisar .
(**)Kacau, dan masukkan serai dan serbuk kari. Kacau hingga sebati.
(**)Setelah itu, masukkan potongan ayam, kacau sampai ayam tersebut sebati bersama rempah ratus tersebut.
(**)Kemudian masukkan santan cair. Didihkan sambil dikacau sekali sekala.
(**)Masak ayam tersebut sampai empuk. Jika belum empuk tambahkan sedikit air dan masak terus sehingga empuk.
(**)Setelah itu masukkan santan pekat, biarkan mendidih dan pekat .
(**)Terakhir, masukkan garam/kicap manis secukup rasa,daun kari serta asam keping.
(**)Jika sudah sebati semuanya, biar mendidih selama 2 minit.
(**)Ok, dah masak. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
EmoticonEmoticon