Friday, 24 June 2016

Cara Miliki Tubuh Idaman

Tags


(**)Tubuh yang cantik bukan hanya dinilai pada bentuknya semata. Kelembutan tekstur kulit juga perlu diambil kira.

(**)Cara-cara memiliki tubuh sempurna.

(**)Masalah bentuk badan bukan terbatas pada yang mempunyai badan yang berisi. Yang kurus juga tidak kurang resahnya. Faktor yang menyumbang pada bentuk badan ideal mempunyai banyak cabang, seperti senaman, pemakanan dan gaya hidup. Ayuh ikuti cara yang betul untuk memiliki bentuk badan ideal pada tahun baru!

(**)1. Yoga
(**)Badan yang kurus boleh skip senaman berat seperti kardio dan sebagainya. Dengan melakukan yoga, anda mampu menyingkirkan lemak dan membentuk badan di bahagian-bahagian tertentu menjadi lebih anjal dan tegang. Ia bukanlah langkah singkat untuk anda peroleh bentuk badan idaman, tetapi ia dijamin dapat membantu anda memiliki bentuk badan yang serasi.

(**)2. Diet Seimbang
(**)Bukan badan berisi saja yang perlu berdiet. Anda perlu tahu diet yang seimbang adalah pemakanan yang sihat yakni dapat membantu mengimbangkan kandungan badan seperti lemak dan otot. Kurus tidak bermaksud anda tiada lemak! Kadangkala orang yang kurus juga bisa mengalami obesiti kerana kandungan lemak lebih daripada otot. Kiraan kalori, protein, karbohidrat, lemak dan fiber di dalam makanan amat penting, semuanya perlu seimbang! Pengambilan protein yang cukup juga adalah satu cara mengekalkan bentuk badan yang sempurna. Protein akan membantu anda menghasilkan dan memperbaiki otot anda agar lebih kuat. Otot juga sebenarnya mampu membakar lemak.

(**)3. Elak Stres
(**)Hormon yang tertekan (stress hormones) selalunya akan mempercepatkan penghasilan plak dan mengusutkan otak. Kajian menunjukkan bahawa orang yang tertekan akan cenderung mengidap penyakit dan makan lebih banyak berbanding orang yang bermeditasi dan relaks.
(**)“Tidur dan pengambilan air yang cukup, makan makanan yang menyihatkan dan hirup udara yang segar adalah elok jika diamalkan,” –Pakar Nutrisi, Alexandra Prabaharan.

(**)4. Makanan Tambahan
(**)Walau apa kontradiksi antara anda dan rakan-rakan anda mengenai makanan tambahan yang pastinya sedikit sebanyak membantu. Cuba amalkan (jangan sering mengelat) anda akan lihat sendiri kesannya pada badan anda. Ambil makanan tambahan seperti minuman detoks, minuman untuk mengekalkan keanjalan kulit ataupun kolagen.

(**)5. Krim Pembentuk Badan
(**)Penggunaan krim selulit atau krim pembentuk badan dapat membantu mengekalkan kulit badan yang anjal. Sapu saja setiap pagi dan malam, ia tidak memudaratkan malah anda akan dapati kesannya agak efektif selepas beberapa bulan.


EmoticonEmoticon