Friday 27 May 2016

SUNNAH NABI – 12 MAKANAN KEGEMARAN NABI MUHAMMAD SAW YANG BOLEH DIAMALKAN

Tags


(**)Elok kiranya kalau kita amalkan makan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Tetapi tidak terhad pada bulan Ramadhan sahaja, anda juga boleh mengamalkan pada bila-bila masa sekalipun. Berikut kami kongsikan 10 makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW yang anda boleh cuba masukkan ke dalam diet harian anda dan juga ke dalam menu sahur dan berbuka.

(**)1. Buah Delima

(**)Delima yang diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti fosforus, riboflavin dan lain-lain, membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Ekstrak delima membekalkan nutrisi kepada sel-sel fibrocast dan ini merembeskan lagi elastin, kolagen dan lain-lain membantu rembesan dalam mencantikkan kulit.

(**)2. Buah Kurma

(**)Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.
(**)kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
(**)Jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

(**)3. Buah Tembikai

(**)Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
(**)Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

(**)4. Barli

(**)Barli mengandungi serat yang tinggi dalam dalam beta glucan, yang    membantu untuk menurunkan kolesterol.
(**)Membantu untuk mengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).
(**)Barli mempunyai khasiat yang tinggi kerana mengandungi sumber yang mengandungi molibdenum, mangan, serat pemakanan, dan selenium, dan sumber yang baik tembaga, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium, dan niasin.
(**)“Demi buah tin dan zaitun. Dan Gunung Tursina”. (Surah at Tiin ayat 1 dan 2). Allah swt telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin.”


(**)5. Buah Ara/Tin

(**)40 gram buah ara kering atau juga dikenali sebagai buah Tin (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida.
(**)Buah Ara juga mengandungi kandungan serat yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.
(**)Buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C.

(**)6. Buah Anggur ( kismis )

(**)Kismis sarat akan glukosa dan fruktosa yang mampu meningkatkan penyerapan vitamin sehingga bermanfaat untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda.
(**)Menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
(**)Kismis juga dapat meningkatkan keupayaan untuk menghafal.

(**)7. Madu

(**)Madu mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.
(**)Kandungan karbohidrat dalam madu adalah yang tertinggi di antara produk-produk ternak yang lain seperti susu, telur, daging dan mentega.
(**)Penawar bagi kebanyakan penyakit (dengan izin Allah).

(**)8. Susu

(**)Susu membekalkan nutrisi termasuk kalsium, kalium, fosporus, protein, vitamin A, D dan B12, yang mana melengkapkan diet harian akan membawa kesemua nutrisi penting ini ke dalam tubuh seseorang, lantas menjadikan peminum susu lebih bertenaga.
(**)Minum susu dua kali sehari dan bukan dua kali seminggu bersama minuman berjus bagi menambah vitamin C dalam badan.
(**)Segelas susu mampu membekalkan sembilan nutrisi lengkap untuk tubuh badan bagi mencergaskan minda, menyihatkan badan dan menguatkan tulang.
(**)Susu bukan menggemukkan badan dan menyebabkan kanser.
(**)Susu sumber makanan yang membantu mendapatkan vitaman D selain cahaya matahari.

(**)9.Habbatus Sauda

(**)Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
(**)Mengatasi gangguan kulit (ekzema, jerawat, flek dan luka kulit)
(**)Merawat epilepsi dan kejang
(**)Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran
(**)Mengubati gangguan pencernaan (sakit ulu hati) dan cirit-birit
(**)Anti sakit (analgesia)
(**)Merawat sakit kepala (migrain)
(**)menyembuhkan anemia
(**)Merawat dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
(**)Menormalkan aktiviti otot-otot jantung

10. Saffron

(**)sangat kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin & Tiamin)
(**)membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah & kolestrol, mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengurangkan keletihan, sembelit, bias-bisa sendi, penenang & juga peransang tenaga batin.
(**)membina daya ketahanan menghadapi pelbagai penyakit seperrti asma dan demam biasa.

11. Buah Zaitun

(**)Minyak zaitun yang diekstrak daripada buah zaitun bagus kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau.
(**)Minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
(**)Tingginya jumlah zat besi yang ada di dalam buah zaitun akan meningkatkan pengeluaran sel darah merah di dalam tubuh anda. Selain itu buah zaitun akan mengikat oksigen di dalam darah anda sehingga membuat anda lebih sihat.

12. Cuka

(**)mengubat radang perut
(**)mencegah penyakit kuning
(**)mencegah bahaya ubat ubat kimia beracun
(**)bahkan boleh mencairkan susu ibu dan darah jika berlaku pembekuan di dalam tubuh.
(**)membantu penghadaman
(**)melawan kahak
(**)melembutkan makanan makanan keras
(**)serta melancarkan peredaran darah.


EmoticonEmoticon