Friday 27 May 2016

PIPI TIRUS DENGAN HANYA KUNYAH GULA GETAH?

Tags


(**)Ada orang merasakan comel dengan pipi yang tembam dan ada juga yang merasakan tidak cantik dengan pipi yang tembam. Kebanyakan wanita khususnya tidak suka dengan pipi yang tembam.

(**)Wanita merasakan mereka boleh kelihatan lebih cantik dan berkeyakinan jika miliki wajah tirus. Wanita yang berpipi tembam alias chubby sering merasakan kurang yakin pada diri. Sebetulnya pipi chubby membuatkan wajah kelihatan lebih muda dan polos. Tetapi di sisi lain, mereka ingin kelihatan lebih dewasa dengan memiliki pipi tirus.

(**)Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membuat pipi kelihatan lebih tirus. Salah satunya dengan menggunakan cara instan yakni penggunaan shading make up ataupun gaya rambut. Tapi tahukah anda bahawa ada satu cara yang boleh dijadikan kebiasaan? Yup, anda boleh menggunakan gula getah.

(**)Kunyah saja gula getah dengan gerakan menyeluruh baik pipi kanan dan kiri. Gerakan-gerakan ini berguna untuk menguatkan rahang dan juga melatih otot di wajah. Secara tak langsung mengunyah gula getah akan membuat rahang dan pipi bersenam.  Dengan hanya mengunyah berulang-ulang akan membantu menguatkan rahang anda. Anda boleh mengunyah gula getah setiap kali selepas makan, tetapi perlu diingatkan agar tidak mengunyahnya secara berlebihan sehingga mencederakan rahang dan gigi.


EmoticonEmoticon