Bahan-bahannya:-
(**)1 bungkus Biskut Cracker
(**)1 kotak kecil santan
(**)1/2 cawan air panas (kosong)
(**)4 biji telur
(**)1 tin besar sardin
(**)2 sudu Lada hitam/sulah
(**)1 bungkus cheese chesdale (12 pcs)
(**)4 biji bawang besar
(**)4 biji cili besar
(**)10 biji cili api
(**)2 batang daun sup
(**)1/2 sudu garam
(**)2 sudu air limau @ 2 biji limau nipis
Cara membuatnya:
(**)a. Sardin tin di buang airnya/kuahnya dan juga tulang ikan sardin. Lenyekkan sehingga hancur. Masukkan garam, air limau dan lada sulah/hitam, gaulkan sehingga sebati
(**)b. Ambil loyang, sapu dengan marjerin di sekelilingnya supaya murtabak roti tidak melekat apabila di keluarkan.
(**)c. Rendamkan biskut di dalam santan kotak yang telah di campurkan dengan air panas. Rendam seketika sehingga meresap tetapi jangan lama2 takut lembik. Kemudian susun biskut di dalam loyang.
(**)d. Taburkan sardin yang sudah di sediakan seperti step A di atas biskut yang sudah di susun tadi.
(**)e. Taburkan pula cili besar, cili api, bawang dan daun sup yang sudah di hiris.
(**)f. Kemudian susun cheese pula di atas biskut.
(**)g. Pukul telur dua biji, (dua biji lagi untuk layer kedua) dan curah di atas biskut sehingga rata.
(**)h. Ulang semula langkah c,d,e,f, dan g untuk layer kedua.
(**)i. Bakar di dalam oven pada suhu 170' ke 180' selama 30 minit.
(**)Tadaaaaa.... dah siap... Boleh dah makan... Sedap weh makan panas2 sambil cicah sos cili... hihihihi
p/s:
(**)Panaskan oven selama 10 min sebelum proces pembakaran.
(**)Semua bahan yang di perlukan hendaklah di bahagi dua untuk mendapatkan dua layer.
EmoticonEmoticon