Monday, 23 May 2016

Resepi Kuih Gunting

Tags


Kerepek Gunting / Kuih Gunting

Bahan-Bahan

(**)1 cawan tepung gandum
(**)4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
(**)1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
(**)1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
(**)1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
(**)secubit garam
(**)1 sudu besar minyak masak
(**)110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
(**)sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
(**)minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara-cara

(**)- Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
(**)- Tuang bahan kisar kedalam tepung
(**)- Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
(**)- Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
(**)- Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
(**)- Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
(**)- Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
(**)- Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
(**)- Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
(**)- Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
(**)- Siap untuk dimakan


EmoticonEmoticon