Sunday, 22 May 2016

Resepi Kuih Buah Rotan

Tags


Bahan-Bahan

(**)500 gram tepung pulut
(**)1/2 biji kelapa
(**)4 sudu besar gula pasir
(**)1 biji telur
(**)Biji bijan halus
(**)1 sudu besar esen ros (x letak)


Cara-caranya

(**)1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

(**)2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

(**)3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.


EmoticonEmoticon