Bahan-bahan Resepi
(**)Untuk doh bawang:
(**)1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
(**)1 sudu besar serbuk udang kering
(**)Tepung gandum secukupnya
(**)Untuk doh margerine:
(**)1 1/2 cawan tepung gandum
(**)70gm margerine/mentega
(**)Garam secukup rasa
(**)Air secukupnya
Cara-cara
(**)Untuk doh bawang: Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering . Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan pada 3 bahagian.
(**)Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 bahagian.
(**)Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
(**)Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
(**)Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)
(**)Keluarkan dan hiris nipis2.
(**)Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.
EmoticonEmoticon