Thursday 19 May 2016

Resepi Caramel Macchiato Cheesecake

Tags


Bahan-bahan:

(**)2 cawan biskut digestive - dihancurkan
(**)1/2 cawan butter - cairkan (115g)
(**)670g cream cheese - suhu bilik
(**)1 cawan gula (200g) - boleh kurangkan sekiranya tak suka manis sangat
(**)3 biji telur
(**)150g yogurt putih low fat
(**)1/4 cawan (60ml) air kopi pekat tanpa gula
(**)2 sudu kecil esen vanila

Bahan caramel sauce:

(**)85g butter
(**)3/4 cawan brown sugar
(**)1 sudu besar air
(**)secubit garam
(**)85ml susu cair (evaporated milk/creamer)
(**)1/2 sudu kecil esen vanila


Cara-cara:

(**)1. Satukan biskut digestive & butter cair. Gaul rata.
(**)2. Terapkan biskut kedalam acuan. Bakar selama 8 min pada suhu 175 darjah celcius.
(**)3. Pukul cream cheese sehingga kembang.
(**)4. Masuk kan gula sedikit demi sedikit sehingga selesai.
(**)5. Masuk kan telur sebiji demi sebiji, teruskan memukul.
(**)6. Setelah kembang & sebati, masuk kan yogurt, air kopi & esen vanila. Gaul rata.
(**)7. Turunkan suhu oven kepada 165 darjah celcius.
(**)8. Tuang adunan creamcheese keatas base yg telah dibakar selama 8 minit tadi.
(**)9. Balut acuan dengan aluminium foil.
(**)9. Masuk kan acuan kedalam oven & bakar pada suhu 165 darjah celcius selama 1jam 5 minit melalui cara water bath (bain marie)
(**)10. Bila cheesecake dah ready, tutup api oven & biarkan cheesecake di dalam oven selama 15 minit tetapi renggangkan pintu oven sedikit.
(**)11. Selepas 15 minit, keluarkan cheesecake dari oven & renggangkan cheesecake dari tin pembakar, gunakan pisau kecil. Biarkan hingga agak sejuk sebelum dimasuk kan kedalam peti sejuk sekurang kurangnya 8 jam sebelum dihidangkan.
(**)12. Cara membuat caramel sauce, satukan butter, brown sugar, air & garam.
(**)13. Didihkan selama antara 5 minit sepanjang masa jgn berhenti kacau supaya tak hangus.
(**)14. Setelah dialihkan dari api, perlahan-lahan tuangkan susu cair & esen vanila. Kacau rata. Biarkan betul betul tidak panas sebelum dituangkan keatas cheesecake.

(**) sebutan macchiato ialah " makhiyato " bila puan puan order macchiato di cafe inilah cara menyebutnya

(**) water bath / bain marie - masuk kan acuan kedalam bekas yg berisi air panas


EmoticonEmoticon