Thursday 19 May 2016

Resepi Blueberry Crepe

Tags


Bahan-bahan- Adunan Crepes

(**) 3 sudu besar rata tepung Hong Kong/tpng gandum
(**) 4 sudu besar rata tepung kastard
(**) 4 sudu besar rata tepung jagung
(**) 2 sudu besar rata tepung ubi
(**) 3 biji telur di kocok2 je
(**) 1 sudu kecil esen vanilla
(**) 1 sudu besar gula halus
(**) 1/4 sudu teh garam
(**) 250 ml susu cair- suhu bilik
(**) 1 sudu besar mentega cair/minyak masak
(**) Pewarna purple- optional

Cara-cara
(**) Satukan semua bahan adunan dadar, kacau rata dan tapis. Rehatkan selama 20 minit. Adunan yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
(**) Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, sapukan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
(**) Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis. Masak hingga atasnya mengering. Tidak perlu diterbalikkan.
(**) Angkat dan ulangi membuat dadar hingga habis.
(**) Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
(**)Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh ditindih satu persatu

Bahan utk Inti
(**) 1 cawan non dairy whip cream
(**) Blueberry filling secukupnya

Caranya.
(**)  Ambil 1 cwn/ 250ml non dairy whip cream dan pukul hingga kental.
(**) Masukkan dlm bekas dan simpan dlm petiais sementara menyediakan crepe.


Cara Penyediaan
(**) Kepingan crepe ~ secukupnya
(**) Non dairy whip cream- yg telah di pkl kental-(masukkan dlm piping bag senang di gunakan)
(**) Blueberry filling- secukupnya~ s
(**) Letakkan sekeping crepe
(**) Letakkan non dairay whip cream di atasnya
(**) Kemudian letakkan 1 sudu kecil blueberry filling
(**) Tutup kembali denga non dairy whip cream
(**) Lipat kiri dan kanan, atas dan bawah.
(**) Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat sedap di makan dingin


EmoticonEmoticon