Tuesday 31 May 2016

PETUA KECANTIKAN! PUDARKAN PIGMENTASI KULIT GUNA 13 BARANG DAPUR INI

Tags


(**)Pigmentasi atau “age spots” adalah tompok-tompok gelap yang timbul di sekitar kawasan kulit wajah oleh kerana faktor penuaan.

(**)Tetapi jika diikutkan, kulit yang terdedah kepada pancaran matahari yang ekstrem juga bisa menjadi punca kemunculan jeragat ini. Ramai yang berkata, adalah lebih baik mencegah dari merawat, namun begitu anda tidak perlu khuatir kerana masig belum terlambat untuk melakukan langkah-langkah pemulihan.

(**)Meskipun agak sukar untuk menghilangkan jeragat 100%, ia sebenarnya masih ada harapan untuk dipudarkan. Nak tahu caranya? Yuk! Wanista boleh ajarkan.

(**)Seperti yang kita semua tahu, banyak jenama rangkaian penjagaan wajah menawarkan variasi krim dan serum pemudar jeragat, tetapi lihat sahajalah pada harganya yang mahal bukan kepalang. Jadi, kita guna sahaja 13 ramuan yang boleh didapati dari dapur rumah anda ini.

(**)#1 Jus Lemon

(**)Lemon memainkan peranan penting sebagai ramuan penting yang sering dimanfaatkan untuk rawatan kecantikan, termasuklah pemulihan tompok hitam.

(**)Ia mengandungi anti-oksidan, anda hanya perlu sapu jus lemon 2 kali sehari selama 15 minit ke atas kawasan kulit yang bermasalah.

(**)Jika anda mempunyai kulit sensitif, campurkan jus lemon bersama air mawar. Dalam masa 2 bulan, anda akan lihat hasil keberkesanannya. Tetapi, jangan dedahkan diri di bawah matahari selepas menyapu jus lemon berkenaan.

(**)#2 Kunyit

(**)Kunyit adalah ramuan yang paling magis. Selain menghilangkan parut, ia boleh bantu sekatakan tona kulit serta memudarkan pigmentasi.

(**)Sediakan 2 sudu air beras, 2 sudu tepung dan 1 camca teh serbuk kunyit. Campurkan kesemua bahan, dengan menggunakan jari oleskan pes tersebut ke atas kawasan yang terlibat. Biarkan ia selama 20 minit sebelum dibilas.

(**)#3 Hydrogen Peroxide

(**)Hydrogen Peroxide adalah agen peluntur semula jadi yang pasti berkesan untuk memulihkan tompok hitam. Campur cecair hydrogen peroxide bersama susu dan sapukan ia ke atas wajah yang bermasalah menggunakan kapas muka. Biarkan ia selama 15 minit sebelum membilas.

(**)Sebelum menggunakan petua ini, anda boleh cuba dahulu keatas kulit anda, mana tahu jika kulit anda sensitif terhadap hydrogen peroxide.

(**)#4 Daun Parsley

(**)Untuk tona kulit yang tidak sekata serta mempunyai tompok hitam, daun parsley amat berkesan untuk memudar dan mencerahkan.

(**)Sediakan 1 cawan daun parsley yang telah dicincang, 1/2 canca teh serbuk penaik, 1 sudu yogurt. Campurkan kesemua bahan ini dan sapukan sebagai mask untuk muka, leher dan dada selama 15 minit, kemudian bilas. Ulang 2 kali seminggu.

(**)#5 Buttermilk

(**)Buttermilk mengandungi asid laktik yang baik untuk kulit. Ia bisa mengelupas kulit secara semula jadi dengan menghapuskan parut serta tompok hitam.

(**)Sapukan terus cecair susu Buttermilk ke atas permukaan kulit yang bermasalah, biarkan ia selama beberapa minit sebelum membilas.

(**)Jika kulit anda berminyak mahupun berjerawat, boleh tambah sedikit jus lemon untuk kurangkan kelembapannya. Jika tiada Buttermilk di rumah, yogurt boleh menjadi pengganti yang sempurna untuk petua ini.

(**)#6 Aloe Vera / Daun Lidah Buaya

(**)Ramai yang berpuas hati dengan sifat yang dimiliki Aloe Vera. Ia boleh melembab, dan dalam masa yang sama berkesan menangani masalah pigmentasi.

(**)Bukan itu sahaja, Aloe Vera sebenarnya boleh merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

(**)Hanya perlu sapukan gel Aloe Vera atau jusnya pada permukaan yang bermasalah dan biarkan ia selama 30 minit. Amalkan petua ini 2 kali sehari dan lihatlah betapa segar dan berserinya kulit wajah anda selepas sebulan!

(**)#7 Cuka Epal

(**)Untuk petua yang menggunakan cuka epal ini, secara ringkas anda bleh meminum satu gelas campuran air dengan beberapa titik cuka epal yang dikacau bersama atau terus sahaja menyapu cuka epal tersebut pada permukaan wajah yang bertompok hitam.

(**)Untuk elak rasa cuka epal yang kuat, anda boleh campurkan ia bersama 2-3 sudu jus oren dengan separuh sudu cuka epal.

(**)Namun, jika anda mempunyai masalah kulit kering, anda boleh campurkan cuka epal tersebut bersama sedikit minyak zaitun.

(**)#8 Minyak Kastor

(**)Minyak kastor boleh memulihkan serta mencerahkan kulit wajah. Gosok sedikit minyak kastor pada tompok hitam sekali di waktu pagi dan sekali di  waktu malam.

(**)Anda boleh mula melihat kesannya dalam tempoh sebulan.

(**)#9 Betik

(**)Buah tropikal ini memiliki banyak kebaikkan untuk kulit manusia kerana ia mengandungi beberapa enzim baik serta asid alpha hydroxy yang berkesan menghapus pigmentasi, parut malah jerawat.

(**)Cari betik hijau dan sapukan ia pada tompok hitam di wajah, biarkan ia selama 15 sebelum membilas bersih.

(**)#10 Kayu Cendana

(**)Agen anti-penuaan ini bertindak sebagai antiseptik yang boleh mengurangkan pigmentasi serius. Hanya perlu gosokkan beberapa titik minyak pati kayu cendana yang dicampurkan bersama satu sudu minyak zaitun atau minyak badam setiap malam sebelum tidur. Biarkan ia mengering dikulit sepanjang malam.

(**)#11 Lobak Kuda

(**)Herba yang sering digembar-gemburkan ini kaya dengan khasiat vitamin C yang akan melambatkan proses melanin dan glukosinolat. Ia akan meningkatkan peredaran serta perkumuhan toksik dari badan.

(**)Apa yang anda perlu lakukan, sapu pes lobak kuda pada kulit dan biarkan ia selama 15 minit, bilas. Lakukan petua ini beberapa kali dalam seminggu. Ia pasti berkesan.

(**)Jika masalah tompok hitam anda lebih kritikal, parut lobak kuda sepanjang 4-5 inci dan campurkan ia bersama setengah cawan cuka epal. Lalu, pindahkan ia dalam balang kaca. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia diperam selama dua minggu.

(**)Setelah itu, sapukan ia pada tompok hitam 3 kali sehari selama 1 bulan. Anda boleh simpan campuran di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

(**)#12 Bawang

(**)Ramai yang tidak tahan dengan aroma bawang sebenarnya kan? Bawang mengandungi sulfur, antiseptik dan vitamin C yang berupaya mencerahkan kulit secara semula jadi.

(**)Anda tidak perlu memoting bawag tersebut, belah sahaja bawang kepada dua bahagian dan gosokkannya ke atas permukaan tompok hitam, secara perlahan ia bisa memudarkan secara berperingkat.

(**)#13 Kacang Kuda

(**)Kacang Kuda adalah ramuan terbaik untuk mencerahkan kulit. Hancurkan 1 cawan kacang kuda yang telah direbus empuk dengan 1/3 cawan air dan sapukan pes tersebut pada kawasan tompok hitam di wajah anda.

(**)Bilas dengan air suam dan amalkan petua ini setiap hari. Jika anda mempunyai sos tahini di rumah, anda boleh juga mencampurkan 1/4 cawan tahini bersama pes kacang kuda tersebut bersama dan sapukan pada wajah seperti biasa.

(**)Selamat mencuba!


EmoticonEmoticon