Tuesday 31 May 2016

CUBA DIY RAWATAN MATA DI RUMAH SAHAJA!

Tags


(**)Bayangkan seharian di pejabat menghadap komputer, dalam kereta sambung menghadap telefon, nak tidur masih lagi asyik menatap telefon main Facebook, Instagram, ini sekaligus menyebabkan mata kelihatan letih dan tidak bermaya.

(**)Bahkan lingkaran gelap bawah mata juga akan mula kelihatan akibat kurang tidur dan sebagainya. Mata akan mula menunjukkan masalah dengan keradangan dan kemerahan pada mata putih. Ini juga boleh menyebabkan mata berisiko untuk sakit dan bermasalah dengan lebih teruk.

(**)AIR SUAM

(**)Ambil sehelai kain dan basahkan dengan air suam sederhana panas. Elak dari merendamnya dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mencederakan urat mata.
(**)Setelah itu, perah kain tersebut dan letakkan di bahagian mata.
(**)Tenang dan rehat kerana ia mampu mempercepatkan proses menyegarkan mata.
(**)Biarkan selama 10 minit dan anda pasti akan merasa kesegarannya.

(**)TIMUN

(**)Umum tahu timun adalah makanan yang baik untuk kesihatan. Selain itu, timun juga mampu membuat mata kelihatan segar dan menghilangkan sembap bawah mata. Praktikkan cara mudah ini untuk kembalikan kesegaran mata dengan secepatnya:

(**)Ambil timun yang disimpan sejuk dalam peti sejuk.
(**)Kemudian, hiris timun dengan sederhana nipis.
(**)Pejamkan mata dan letakkan timun yang dihiris tersebut ke atas kelopak mata dengan posisi baring.
(**)Biarkan selama 10 minit. Anda pasti akan dapat merasakan kesegarannya serta sembap di bawah mata akan turut berkurangan. Cubalah!

(**)TEH HIJAU

(**)Ramai yang tidak tahu akan khasiat teh hijau. Teh hijau mempunyai seribu satu khasiat yang mampu membuat anda seakan tidak percaya tentang fakta teh hijau ini. Selain dapat meningkatkan metabolisme tubuh, teh hijau juga dapat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran gelap bawah mata, ini yang patut anda cuba:

(**)Rendam uncang teh hijau dengan air suam. Kemudian letakkannya ke atas kelopak mata selama beberapa minit. Lakukan kaedah ini tiga kali seminggu dan lihatlah hasilnya. Lingkaran gelap bawah mata menjadi pudar dan lama kelamaan akan hilang sepenuhnya.


EmoticonEmoticon