Tuesday 24 May 2016

Nikmati Resepi Salad Buah-buahan Segar

Tags


(**)Anda menyukai makanan sihat? Ketahui resepi Salad Buah-buahan Segar di sini…


(**)Salad buah adalah menu yang paling senang dibuat serta banyak variasinya.  Baik daripada segi tekstur, warna serta rasa. Salad buah ini berisi pelbagai jenis buah yang dipotong kecil kemudian diberikan toping. Toping-toping tersebut seperti madu, yoghurt, madu atau susu manis! Salad buah-buahan merupakan pilihan makanan yang sihat serta turut dianggap sebagai menu diet.

(**)Ia kaya dengan nutrisi sehingga dapat memberikan sumbangan yang besar dalam menjaga kesihatan secara keseluruhan. Salad buah-buahan juga bermanfaat untuk menurunkan berat badan, mempertahankan kecantikan, membuat awet muda dan juga menghindari anda daripada bau mulut!



(**)Bahan-bahan Salad Buah-buahan Segar:

(**)100g nanas, kupas, potong bentuk segitiga kecil atau potong dadu.

(**)100g melon, kupas potong dadu atau buat bentuk bulat.

(**)100g strawberi segar, cuci bersih dan belah empat.

(**)Sebiji oren, kupas dan potong empat kecil.

(**)100 g buah kiwi, kupas, bersihkan dan dipotong-potong.



(**)Bahan untuk sos, digaul rata:

(**)250g yoghurt tawar

(**)2 sudu besar madu

(**)Sedikit mayonnaise atau susu pekat manis



(**)Cara Membuatnya:

(**)Campurkan ke semua buah-buahan itu, simpan dalam peti sejuk sehingga mahu dihidangkan.
(**)Keluarkan, dan gaul salad buah-buahan tadi dengan sos yang sudah disediakan.
(**)Jika mahu, boleh juga tabur dengan sedikit parutan keju dan kismis.


EmoticonEmoticon