Monday 23 May 2016

Bagusnya Ketumbar Untuk Kaum Hawa

Tags


(**)Ada yang tak suka bau dan makan ketumbar? Elok semak balik dengan keputusan anda sebab ketumbar cukup bagus untuk sistem pencernaan. Dikatakan rempah ini juga mampu merangsang pergerakan usus dan fungsi hepar atau hati.


(**)Tahukah anda bahawa ketumbar dikatakan juga amat baik untuk pesakit diabetes. Bonus dari segi membantu merendahkan tahap gula dalam darah. Malah dikatakan boleh merangsang perembesan insulin.


(**)Apa yang bagusnya KETUMBAR untuk kaum wanita?

(**)Wanita disyorkan menyertakan pengambilan ketumbar dalam pemakanan seharian mereka.

(**)1. Biji ketumbar dikatakan amat baik untuk edaran darah haid.

(**)2. Mampu meningkatkan perembesan endokrin dengan sempurna sekali gus melegakan sakit akibat haid.

(**)3. Dikatakan ada sesetengah ibu yang menyusukan bayi mengambil ketumbar untuk meningkatkan pengaliran susu ibu.

(**)4. Ketumbar juga dikatakan amat baik untuk kulit. Boleh sembuhkan masalah kulit seperti kulit kering, jerawat, ekzema, dan bintik hitam pada muka.

(**)5. Kandungan zat besi yang tinggi dalam ketumbar dikatakan mampu menyembuhkan anemia.

(**)6. Pengambilan ketumbar juga dikatakan mampu membantu dan melindungi tubuh menentang jangkitan saluran kencing.


(**)Haaa... awas ya, kaum wanita! Semua masalah kesihatan ini banyak dialami oleh wanita. Jadi, lepas ini jangan cuba mengelak daripada makan biji ketumbar lagi!


EmoticonEmoticon