(**)Macam-macam cara diet dah cuba tapi masih tak berjaya. Ini yang boleh membuatkan kaum wanita jadi tertekan dan malas nak teruskan diet, bukan?
(**)Sebenarnya masih banyak banyak cara dan tip yang berkesan untuk membantu anda membakar lemak dengan lebih berkesan. Paling utama untuk memastikan usaha anda menemui kejayaan ialah disiplin dan komitmen yang tinggi.
(**)Sematkan dalam diri anda bahawa tiada yang mustahil untuk anda lakukan. Cara ini akan buat anda lebih bersemangat untuk berusaha mencapai apa yang diidam-idamkan....
(**)1. Kawal keinginan untuk minum minuman ringan. Lupakan terus minuman ringan untuk sepanjang tempoh ini atau pun kalau boleh sampai bila-bila. Gantikan dengan air putih dan ambil dengan kerap. Kurangkan juga pengambilan air teh dan kopi. Jika ingin juga mengambilnya, bancuh teh dan kopi tersebut dengan susu skim. Elakkan penggunaan susu pekat manis.
(**)2. Pujuk hati anda agar melupakan seketika pengambilan biskut dan kek yang manis-manis. Ya, memang anda menyukainya tetapi anda perlu berkorban. Pastinya pengorbanan anda itu berbaloi-baloi. Tetapi jika anda memang tidak menggemari makanan ini, anda dikira bertuah.
(**)3. Lupakan semua jenis pasta. Sebarang jenis pasta, tidak kira spageti atau makaroni, ia tidak sesuai untuk anda.
(**)4. Panggang semua jenis daging yang anda ingin makan. Buang lemak dan kulit ayam, itik dan ikan. Jangan sekali-kali makan daging yang digoreng. Percayalah, tidak baik dan melambatkan proses pembakaran lemak.
(**)5. Sasarkan sekurang-kurangnya 1gm protein per paun daripada berat badan. Ambil semua jenis makanan rendah lemak, rendah karbohidrat dan bancuhan susu (protein). Ia dikenalpasti sebagai cara yang pantas membakar lemak, mudah dan berkesan.
(**)6. Ambil vitamin C yang mencukupi. Dalam sehari, dinasihatkan untuk mengambil kira-kira 1000 mg. Jumlah itu menyamai 22 biji buah oren. Ia penting untuk sistem imunisasi tubuh, menurunkan paras tekanan darah dan menurunkan kolestrol.
(**)7. Cuba tetapkan untuk mengambil sebanyak 5 ke 6 hidangan ringan dalam sehari. Ini lebih baik daripada anda mengambil cuma 3 kali sehari makanan tetapi dalam jumlah yang banyak. Apabila makanan diambil dalam jumlah yang sedikit, lebih mudah dan cepat dicerna oleh tubuh.
(**)8. Jika anda peka terhadap pengiraan kalori, cuba kurangkannya sebanyak 10 peratus. Dapatkan panduan pengambilan kalori dalam majalah dan juga aplikasi yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
(**)9. Keju juga tak baik untuk anda, termasuklah yang rendah lemak. Sebagai pilihan, anda masih boleh mengambil keju kotej.
(**)10. Makan daging yang diproses juga tidak digalakkan. Ini termasuklah chicken chop, lamb chop, sirloin steak dan sebagainya. Tak kiralah sama ada rendah lemak mahupun tidak kerana bahan-bahan yang digunakan untuk memproses daging itu adalah tidak ‘mesra’ dengan tubuh anda.
(**)11. Senaman juga penting bagi mendapatkan keputusan yang optimum. Beri perhatian yang lebih pada latihan kardio (menguatkan jantung). Sebagai altenatif, anda boleh bersenam lompat tali dan menggunakan semua mesin kardio yang tersedia di gimnasium.
(**)12. Bermula selepas masa makan tengahari dan ke atas, kurangkan pengambilan karbohidrat berkanji. Sebaliknya gantikannya dengan salad, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini lebih berkesan membakar kalori berbanding anda makan makanan yang berat.
(**)Ok, banyak pilihan yang anda boleh cuba. Ingat ya, jangan cepat putus asa untuk dapatkan tubuh badan yang sihat, amalkan setiap langkah demi cantik dan sihat untuk orang tersayang!
EmoticonEmoticon