Friday 27 May 2016

APA RAHSIA NENEK INI MILIKI WAJAH AWET MUDA & TUBUH LANGSING?

Tags


(**)Agaknya berapa usia wanita ini? 20? 30-an? Percayakah anda bila penulis katakan wanita ini berusia 50 tahun.

(**)Ini kerana dirinya tampak seperti wanita yang berumur 20-an ataupun 30-an tetapi hakikatnya dia adalah seorang nenek yang sudah menjangkau usia separuh abad.

(**)Kecantikan yang dimiliki Madam Qin Ling empunya diri mendapat perhatian ramai apabila muncul dalam satu program TV yang memaparkan dirinya dan anak perempuan sedang menari.

(**)Menurut laporan media di China, petua kecantikan yang diamalkan oleh Madam Qin Ling hingga berjaya memperlahankan proses penuaannya adalah dengan mengamalkan senaman seperti olahraga dan berhenti makan apabila perut mula merasa 80% penuh.

(**)Selain itu, dia turut mengamalkan tidur tanpa berpakaian sekali seminggu, mandi air panas dan memakai topeng muka buatan sendiri yang diperbuat daripada timun, yogurt, madu dan serbuk mutiara.

(**)Bukan sahaja mendapat pujian ramai malah ada segelintir individu yang membuat pengakuan cinta juga. Difahamkan, seorang lelaki yang masih muda di usia 20-an mengaku mempunyai perasaan cinta setelah melihat dirinya namun nenek glamour ini menolak dan berkata dia hanya ingin settle down dengan lelaki yang lebih tua daripadanya.


EmoticonEmoticon