Tuesday, 26 April 2016

Resepi Mee Goreng Mamak Aneyyy

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)2 kg mee kuning
(*)3 biji bawang putih
(*)4 biji bawang merah
(*)4 batang sawi (dipotong)
(*)1 mangkuk kecil taugeh
(*)1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
(*)2 biji telur
(*)1 biji tomato (dipotong kecil)
(*)60 gm isi udang dan isi ayam
(*)1 cawan cili boh
(*)2 sudu sos tomato
(*)1 sudu kicap pekat
(*)1 sudu kicap cair
(*)Sedikit minyak untuk menumis

Hiasan:

(*)Cili merah (dihiris)
(*)Daun bawang (dihiris)
(*)Bawang goreng
(*)Limau kasturi

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.

(*)2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.

(*)3. Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.

(*)4. Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.

(*)5. Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.


EmoticonEmoticon