Tuesday, 26 April 2016

Resepi Laksa Utaqa Baqhang

Tags


\Bahan-Bahannya ialah:

(*)1 bungkus laksa beras
(*)1 kg ikan kembung
(*)1 sudu besar belacan
(*)2 kuntum bunga kantan. dibelah 4
(*)1 ikat daun kesum
(*)4 keping asam keping
(*)gula dan garam, secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:

(*)10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
(*)50g ikan bilis, rendam seketika
(*)2 biji bawang besar
(*)8 biji bawang merah
(*)6 ulas bawang putih

Bahan untuk hiasan:

(*)5 biji telur, direbus
(*)2 biji bawang besar, hiris nipis
(*)1 batang timun, hiris nipis
(*)Limau nipis, di potong
(*)1 ikat daun selom
(*)cili padi, hiris nipis

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.

(*)2. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya.

(*)3. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.

(*)4. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.

5. Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.


EmoticonEmoticon