Bahan-Bahannya ialah:
(*)2 biji telur
(*)1 cawan gula
(*)1 sudu teh ovalett
(*)1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
(*)2 cawan tepung gandum
(*)sedikit esen vanila
(*)Pewarna kesukaan
(*)paper cup
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Pukul telur dan gula sampai hancur dan kembang.
(*)2. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu.
(*)3. Masukkan esen vanilla. Pastu masukkan air ais krim soda.
(*)4. Pukul sebentar, kemudian masukkan tepung & pukul sampai sebati.
(*)5. Lepastu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian, letaklah warna kesukaan anda.
(*)6. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus selama 10 minit dengan api yang sederhana.
EmoticonEmoticon