(*)Hampir semua wanita mengimpikan kulit sepert artis Korea. Apatah lagi, dengan kekuatan drama-drama Korea yang menampilkan artis atau pelakon yang putih bersih, gebu dan tanpa sebarang cacat cela.Makin ramailah yang percaya dan mengagumi kecantikan wanita Korea ini.
(*)Apalah rahsianya ya? Jom, bongkar!
(*)Antara Amalan Kecantikan Yang Menyingkap Rahsia Kecantikan Wanita Korea Adalah…
1. Minum Teh Hijau
(*)Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus.
2. Cara Mencuci Muka
(*)Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah.
(*)Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbuih selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit.
(*)Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengetatkan pori kulit wajah.
3. Penggunaan Penyegar Wajah
(*)Penggunaan penyegar wajah adalah sangat penting bagi orang Korea. Ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan menghilangkan sisa-sisa pencuci muka sekiranya tidak dibilas dengan sempurna. Pemilihan penyegar wajah yang betul penting untuk mengelakkan kulit daripada kering.
(*)Orang Jepun memilih penyegar yang mengandungi ethyl alcohol, rubbing alcohol atau isopropyl alcohol. Mereka tidak menggunakan kapas muka dan hanya menggunakan jari untuk menyapunya pada kulit wajah untuk penyerapan yang optimum.
4. Menggunakan Pelembap Muka
(*)Pelembap muka sememangnya rutin kecantikan yang biasa bagi semua wanita mahupun lelaki. Namun begitu apa yang berbeza adalah cara pemilihannya. Orang Korea percaya pelembap yang dibuat daripada minyak sayuran baik untuk wajah.
(*)Minyak mineral seperti petroleum jelly dikatakan tidak mempunyai apa-apa bahan yang boleh menjadikan kulit lembut dan cantik. Sapuan ke atas dan ke bawah harus dipraktikkan untuk penyerapan yang sempurna.
5. Lakukan Senaman Mulut “‘Ma Me Mi Mo Mu’”
(*)Kebanyakan selebriti di Korea mengamalkan senaman wajah dengan menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali untuk menguatkan otot muka dan bibir. Lakukannya di hadapan cermin supaya anda boleh melihat kecantikan wajah anda .
6. Lakukan Urutan Wajah
(*)Rahsia wajah yang berseri adalah dengan urutan pada kulit yang diamalkan oleh mereka. Gunakan penyental muka atau krim dan urut dengan lembut wajah anda dua hingga tiga kali seminggu. Ini dapat menggalakkan pengaliran darah, oksigen dan menambahkan keanjalan wajah.
7. Menggunakan Krim Wajah
(*)Setiap kali selepas mengurut wajah, jangan lupa untuk menggunakan krim wajah untuk melengkapkan rutin kecantikan yang diamalkan oleh orang Jepun dan Korea ini.
(*)Pilih krim yang bersesuaian dan untuk kulit Asia, seelok-eloknya anda memilih krim pencerah (clarifying mask) untuk mencuci kulit dan pori anda dengan sempurna atau krim pelembap (moisturing mask).
EmoticonEmoticon