(**)Beberapa petua wajah berseri dan amalannya. Teknik ini tidaklah susah untuk anda praktik serta tidak memerlukan kos yang terlalu mahal sehingga anda tidak mampu untuk menjadikannya sebagai amalan.
(**)Antara Petua Wajah Berseri Adalah :
(**)1. Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah ‘penambahan’ kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia. Siapa tak nak, kan!
(**)2. Membuat urutan muka dengan cara meletakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Anda boleh minum air suam sebelum sarapan pagi.
(**)3. Sentiasa berlaku ceria dan senyum selalu. Jika anda dalam keadaan tertekan, anda akan lebih mudah cepat tua.Jika anda sentiasa senyum otot mulut akan sentiasa aktif dan wajah akan sentiasa ceria dan berseri. Lakukan amalam ini setiap hari untuk mendapatkan hasilnya.
(**)4. Amalan makan ulam-ulaman. Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan masyarakat kampung banyak mengamalkan makanan ulam-ulaman. Tujuannya adalah kerana setiap ulam-ulaman yang kita makan itu terdapat beberapa khasiat dan manfaat yang boleh membawa kebaikkan kepada diri anda.
(**)Sebagai contoh, apabila anda mengamalkan makan ulam jering, kebaikkannya boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Kenapa anda perlu bersusah payah untuk mengambil ubat-ubatan untuk kencing manis sedangkan anda boleh mengurangkannya dengan hanya memakan ulam-ulaman sahaja.
EmoticonEmoticon