Berikut beberapa cara makan yang baik untuk menurunkan berat badan.
Wajib Ambil Sarapan Pagi
(*)Sarapan pagi sangat penting. Ini adalah kerana ketika bersarapan metabolisme mula bekerja dan memberikan anda tenaga untuk memulakan aktiviti pada pagi hari. Melambatkan sarapan pagi bermakna anda telah kehilangan waktu di mana tubuh anda boleh membakar kalori. Jika begini, jadi tidak hairanlah jika anda sukar untuk menurunkan berat badan.Apabila anda melambatkan sarapan pagi, bermakna anda telah menangguhkan rasa lapar dan mengakhiri hari anda dengan makan dengan lebih banyak!
Jangan Tangguhkan Rasa Lapar
(*)Sebaiknya anda makan ketika tubuh memerlukannya dan berhentilah ketika perut anda sudah cukup terisi sebelum anda menjadi kenyang yang berlebihan!Ini bermakna anda perlu menepati waktu makan. Meninggalkan waktu makan atau menangguhkan rasa lapar tersebut hanya akan merubah metabolisme tubuh menjadi lebih lambat. Keadaan ini membuatkan anda akan berasa lebih lapar dan inilah yang akan membuatkan anda jadi semakin gemuk akibat makan berlebihan.
Minum Air Putih Secukupnya
(*)Minumlah air masak atau putih secukupnya bagi menggantikan kadar ar yang telah keluar di dalam tubuh.
Hindari Pengambilan Makanan Segera
(*)Anda pasti sudah tahu tentang bahayanya makanan segera, namun seringkali tutup mata dan tetap memakannya. Cubalah kurangkan pengambilannya dang anti dengan menu yang lebih sihat.
Terlalu Banyak Makan Makanan Olahan
(*)Lemak di perut sering dikaitkan dnegan inflamasi sehingga terlalu banyak pengambilan makanan olahan akan menyekat tubuh untuk menghilangkan lemak di perut. Cara makan yang baik untuk menguruskan badan adalah dengan memilih makanan semulajadi seperti sayur, buah-buahan dan whole grain yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai kandungan anti inflamasi sehingga dapat mencegah lemak di perut.
EmoticonEmoticon