Bahan-Bahannya ialah: (Untuk 5-6 Hidangan)
(*)500g spaghetti
(*)1 kg seafood (udang, sotong dan kepah)
(*)1 cawan minyak zaitun (olive oil)
(*)3 ulas bawang putih (dicincang)
(*)3 sudu besar chili flakes
(*)3 sudu besar oregano flakes
(*)3 sudu besar parsley flakes
(*)1 sudu kecil lada hitam
(*)1 sudu kecil garam
(*)1 kiub pati ayam
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Simpan air rebusan seafood ini.
(*)2. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
(*)3. Masukkan serbuk oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, garam dan pati ayam.
(*)4. Masukkan spaghetti dan seafood yang telah direbus tadi. Kacau hingga sekata.
(*)5. Siap untuk dihidangkan.
EmoticonEmoticon