Monday 21 March 2016

Resepi Nasi Lemak Terbaekkk

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)3 cawan beras (atau ikut sukatan anda)
(*)Santan pekat (secukupnya)
(*)3 helai daun pandan (disimpul)
(*)Garam (secukup rasa)


Cara-caranya:

(*)Basuh beras hingga bersih, campurkan santan dan letakkan daun pandan dan sedikit garam sebagai perasa.
(*)Masak seperti biasa.


Untuk bahan-bahan sambal udang untuk nasi lemak:

(*)300gm udang (gaulkan bersama serbuk kunyit, tepung jagung dan garam)
(*)1 biji bawang besar (di potong nipis)
(*)1 sudu makan sos tiram
(*)2 sudu besar kicap manis
(*)2 sudu makan air asam jawa
(*)2 sudu besar cili kisar
(*)1 kiub pati ikan bilis
(*)1 biji tomato
(*)Cili merah dan daun sup (sebagai hiasan)


Bahan-bahan kisar:

(*)½ biji bawang besar
(*)1 biji bawang merah
(*)3 ulas bawang butih


cara-Caranya ialah:

(*)1. Panaskan minyak, gorengkan udang selama 30 saat dan toskan.

(*)2. Tinggalkan sedikit minyak, untuk menumis bahan-bahan kisar hingga naik.

(*)3. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak, selepas itu, masukkan pati ikan bilis, sos tiram dan kicap manis. kacau sebati.

(*)4. Masukkan udang, cili merah, tomato dan bawang besar. Letakkan garam sebagai perasa jika pedas boleh masukkan sedikit gula.

(*)5. Akhir sekali masukkan air asam jawa.

(*)6. Hiaskan dengan daun sup dan hidangkan.


EmoticonEmoticon