Monday 21 March 2016

Cara Paling Untuk Sembuhkan Perut Masuk Angin

Tags


Tapi tahukah anda apakah punca terjadinya masalah perut selalu kembung atau berangin ini? Sebenarnya kebanyakkan terjadi masalah ini adalah berpunca daripada pengambilan makanan berangin.

Berikut adalah makanan berangin yang boleh anda elakkan:

(*)Kacang
(*)Sayuran seperti brokoli
(*)Kobis
(*)Taugeh
(*)Bawang
(*)Asparagus
(*)Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
(*)Bijirin seperti roti gandum
(*)Minuman ringan dan jus buah
(*)Susu dan produk daripada susu dan keju
(*)Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.


Punca-Punca Berut Selalu Berangin:

(*)Tekanan (individu tertekan biasanya menelan lebih banyak udara).
(*)Makan dengan laju.
(*)Gangguan dari segi pencernaan.
(*)Makan yang berlebihan.
(*)Makan yang tidak dicerna.
(*)Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula keras.
(*)Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat.
(*)Banyak bercakap – bercakap terlalu cepat atau banyak berbual ketika makan.
(*)Minum minuman berkarbonat.
(*)Gigi palsu tidak dipasang dengan baik menyebabkan anda tidak dapat mengunyah makanan dengan baik dan makanan tersebut tidak dapat dihadam.
(*)Merokok.


(*)Makan makanan yang mempunyai banyak lemak kerana makanan berlemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.


Keradangan pada lapisan dalam perut.


Masalah ini boleh diatasi dengan beberapa cara, antaranya:

(*)Kenal pasti makanan yang boleh menyebabkan banyak angin seperti bunga kubis, kubis, brokoli, kekacang, kebanyakan makanan berkanji kecuali beras (kentang, jagung, gandum), bawang serta makanan bergoreng dan banyak lemak.
(*)Jika anda ada masalah alahan pada gula dalam susu (laktosa), elakkan mengambil susu dan produk tenusu. Sebaliknya, gantikan dengan susu tanpa laktosa atau minum yogurt kerana kajian mendapati bakteria dalam yogurt (probiotik) dapat mengurangkan masalah ini.
(*)Kurangkan buah-buahan dan pemanis makanan kerana makanan manis mengandungi gula fruktosa juga boleh menyebabkan penghasilan gas berlebihan dalam usus.
(*)Elakkan minum minuman berkarbonat, mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula.
(*)Tumpukan perhatian pada makanan ketika makan dan kunyah makanan perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat.
(*)Tingkatkan pengambilan sumber serat secara berperingkat
(*)Kerap bersenam kerana senaman semudah berjalan atau joging boleh membantu merangsang pergerakan gas dalam usus.


Legakan Kembung Perut Dengan Cepat

(*)Kebiasaannya kembung perut turut dipanggil “masuk angin”. Justeru, kalau anda mengalami masalah ini, bolehlah mencuba petua di bawah. Tak susah sebenarnya kalau nak melegakan kembung perut ni. Anda cuma perlukan sebuku halia dan air panas.

Langkah-langkah Penyediaan Air Halia:

(*)1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

(*)2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

(*)3. Sediakan air panas.

(*)4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

(*)5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia

(*)6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

(*)7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2 bahagian. Setengahnya untuk anda   minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

(*)8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tadi.

(*)9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh.


EmoticonEmoticon