Sunday, 27 March 2016

Resepi Churros Bersama Cinnamon Sugar dan Sos Coklat

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)1/2 cawan minyak
(*)1/2 cawan air
(*)3 sudu besar butter, potong dadu
(*)2 sudu kecil gula halus
(*)1/4 sudu kecil garam
(*)1/2 sudu kecil esen vanilla
(*)1 1/4 cawan tepung gandum
(*)1 biji telur
(*)minyak untuk menggoreng
(*)piping bag plastik atau kertas


Bahan untuk Cinnamon Sugar (Salutan Gula Kayu Manis):

(*)1/2 cawan gula kastor
(*)1 sudu kecil serbuk kayu manis

(*)– Gaulkan kesemua bahan.


Bahan untuk Sos Coklat:

(*)250g coklat bar, cincang kasar
(*)1/4 cawan butter
(*)1/2 cawan susu full cream dutch lady

(*)– Cairkan coklat, butter, susu dan gaul sehingga sebati.


Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng kemudian.

(*)2. Dalam periuk kecil masukkan air, susu, butter, gula dan garam. Panaskan sehingga cair dan mula mendidih. Tutup api dan angkat periuk ke tepi.

(*)3. Masukkan tepung dan esen vanila kemudian kacau sehingga tepung menjadi sekata dan adunan tidak berketul.

(*)4. Masukkan pula telur dan kacau sebati. Tuang adunan ke dalam piping bag yang sudah di pasang nozze.

(*)5. Paip adunan di dalam minyak panas dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan gaul bersama cinnamon sugar. Hidang bersama cinnamon sugar atau sos coklat.


Tips Penting:

(*)Sewaktu proses piping di dalam minyak panas, anda boleh pipe doh dalam anggaran 2 inci panjang setiap satu dan gunting. Boleh juga pipe doh sepanjang yang anda suka di dalam kuali dan apabila diangkat kemudian, terus gunting sekata anggaran 2 inci sebelum gaul di dalam cinnamon sugar.


EmoticonEmoticon