Saturday 19 March 2016

Kulit Lebih Lembab Dan Cantik Dengan Khasiat Minyak Kelapa

Tags


(*)Tak percaya, jom semak khasiat minyak kelapa.Berikut adalah beberapa khasiat minyak kelapa yang wajar anda ketahui.

1. Pelembab Kulit & Bibir

(*)Asid lemak dalam minyak kelapa membantu kulit mengunci kelembapannya. Minyak kelapa boleh digunakan pada bahagian siku dan lutut agar tidak menjadi kasar dan menghitam. Kandungan asid lemak ini juga berguna untuk melembabkan bibir. Jadi, sapukan sahaja minyak kelapa sebagai pengganti lip balm anda.


2. Massage Oil

(*)Jika anda tidak menyukai massage oil terus melekat dan terasa lekit di tubuh, minyak kelapa boleh menjadi alternatifnya. Meskipun digunakan untuk melancarkan urutan, minyak kelapa mudah menyerap pada kulit sehingga anda tidak lagi rasa melekit setelah berurut.


3. Pembersih Mekap

(*)Minyak kelapa merupakan salah satu cecair yang sangat berkesan untuk menanggalkan sisa-sisa mekap pada kawasan sekitar mata. Kandungan anti bakteria dan pelembab semulajadinya dengan lembut menanggalkan kesan solekan mata.Gunakan kapas yang telah diletakkan minyak kelapa, kemudian gosok perlahan-lahan dengan gerakan memutar pada area mata untuk membersihkan sisa-sisa solekan tersebut.


4. Scrub Badan & Wajah

(*)Campurkan minyak kelapa dan gula perang  untuk membuat body scrub boleh digunakan untuk membersihkan kulit dari kulit mati yang masih melekat di tubuh. Ini adalah kerana khasiat minyak kelapa yang memiliki kandungan anti kulat. Anda boleh menggunakan skrub untuk membersihkan kaki.Selain untuk tubuh, anda juga boleh membuat skrub kulit wajah menggunakan minyak kelapa yang dicampur dengan baking soda. Gosokkan perlahan pada wajah dan anda akan mendapatkan wajah halus seperti bayi.


5. Mengatasi Kulit Terbakar

(*)Apakata jika anda tukar sunblock atau sunscreen yang biasa anda gunakan dengan minyak kelapa.Semburkan minyak kelapa ke kulit ketika anda melakukan aktiviti di bawah terik matahari yang akan membuatkan warna kulit lebih semulajadi tanpa terbakar. Jika kulit anda terlanjur terbakar pun, anda masih boleh menggunakan minyak kelapa untuk mengatasinya.


6. Krim Mata

(*)Kandungan pelembab pada minyak kelapa dapat membantu anda mengurangi garis-garis halus pada kawasan mata. Kandungan ini akan memberikan nutrisi yang cukup sehingga kulit di sekitar mata akan tetap terjaga kelembapannya.


EmoticonEmoticon