Saturday, 26 March 2016

Cara Menghilangkan Bau Ketiak

Tags


(*)Berikut beberapa cara menghilangkan bau ketiak secara semulajadi yang boleh anda cuba.



Limau Nipis

(*)Selain dapat menghilangkan bau badan, limau nipis juga boleh menghilangkan bau ketiak. Caranya cukup mudah, potong sebiji limau nipis dan perah airnya. Setelah itu campur air perahan limau nipis itu dengan kapur siri. Kacau sehingga rata, kemudian sapukan campuran tersebut ke bahagian ketiak yang berbau itu.



Halia

(*)Jika sangggup dan mampu, anda boleh juga minum air halia untuk menghilangkan bau ketiak. Atau anda boleh juga ambil halia yang sudah diparut dan sapukan pada ketiak anda. Biarkan selama beberapa minit dan setelah itu bilaslah dengan air bersih.



Mentimun

(*)Mentimun merupakan sejenis sayur yang memiliki sifat anti bakteria.Kupas mentimun dan potong bulat nipis-bipis dan sapukan di tempat ketika yang berbau sebaiknya selepas anda mandi. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.



Cuka Putih

(*)Cuka putih mampu membunuh bakteria penyebab bau ketiak sehingga masalah bau badan anda dapat di atasi dengan mudah. Titiskan cuka putih pada kapas dan sapukan pad ketiak anda. Gunakan secara teratur selepas anda mandi. Pastikan penggunaan cuka ini tidak dicampuradukkan dengan deodorant.


EmoticonEmoticon