Friday, 26 February 2016

Tips Untuk Anak Yang Payah Nak Makan Ubat

Tags


1. ///Masa nak bagi ubat, letakkan sehelai lapik dada pada dadanya sebagai persediaan sekiranya ubat itu tertumpah dan sediakan beberapa helai tisu.

2. ///Pastikan sterilkan semua peralatan dalam air mendidih sebelum memberi ubat kepada bayi yang berusia kurang daripada enam bulan. Sekiranya bayi masih belum boleh duduk, pegang seperti kedudukan hendak menyusukannya.

3. ///Kalau anak dah boleh duduk, letakkan si comel di atas riba dan letakkan sebelah tangannya ke belakang ibu. Pegang tangannya yang sebelah lagi dengan kemas untuk mengelakkan daripada meronta.

4. ///Sukat dos yang tepat dan tuang separuh daripadanya ke dalam sudu kecil yang sudah disteril supaya ubat tidak akan mudah tertumpah.

5. ///Ini cara terakhir. Kalau bayi masih tak mahu makan ubat, biarkan dia menghisapnya dari jari anda. Sukat dos di dalam sudu ubat dan kemudian angkat bayi dengan meletakkan sudu itu berhampiran dengan anda.

6. ///Celupkan jari anda ke dalamnya dan biarkan dia menghisap ubat tersebut dari hujung jari. Teruskan sehingga dia menghabiskan semua dos ubat tersebut.


EmoticonEmoticon