Wednesday, 8 February 2017

Resepi Mee Bandung Turun Menurun Yang Simple Dan Enak.

Tags


Resepi Mee Bandung Turun Menurun Yang Simple Dan Enak.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • [=] 1 peket mee kuning
  • [=] 4-6 ekor udang basah
  • [=] 50g udang kering ( blend )
  • [=] 1/2 biji bwg besar
  • [=] 3 ulas bwg putih
  • [=] 5 tangkai cili kering
  • [=] 2 biji keledek (size kecil) - direbus dan dilenyek @ suku cawan kacang tanah goreng(dtumbuk) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering supaya kuah pekat.
  • [=] 4 biji telur
  • [=] sawi
  • [=] bawang goreng
  • [=] Hirisan cili merah
  • [=] Air rebusan daging
  • [=] Gula
  • [=] Garam
  • [=] hirisan daging
  • [=] limau kasturi / limau nipis
  • [=] tauhu goreng - hiris nipis


Cara-caranya :


  • [=] Celur mee kuning
  • [=] Blend bawang besar, bawang putih, cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
  • [=] Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,keledek lenyek/ kacang tanah, hirisan daging dan udang basah. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
  • [=] Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang). Akhir sakali masukkan sawi.
  • [=] Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu, hirisan cili dan limau kasturi. Siap untuk dimakan.


EmoticonEmoticon