Wednesday, 1 February 2017

Petua Semulajadi Yang Terbaik Untuk Menghalau Nyamuk. [ Baca Dan Sebarkan..!! ]

Tags


Petua Semulajadi Yang Terbaik Untuk Menghalau Nyamuk 


[##] Rumah anda banyak nyamuk? Ketahui Cara Halau Nyamuk Secara Semulajadi.


[##] Nyamuk merupakan serangga yang sangat mengganggu terutama ketika sedang tidur pada malam hari. Ada banyak petua halau nyamuk dan anda juga boleh cuba cara semulajadi ini untuk menghalaunya.


[##] Di Bawah adalah cara halau nyamuk yang boleh anda cuba.



#Pertama : Bawang Putih

  • [##] Selain mengandungi antioksida, bawang putih juga memilki bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Anda boleh mengunyah bawang putih mentah dan sekejap saja anda akan merasakan nyamuk menjauhi anda.



#Kedua : Haruman Lavender

  • [##] Bau lavender terbukti boleh menghalau nyamuk dan lavender sering digunakan di dalam bahan ubat anti nyamuk. Anda boleh membakar aromaterapi lavender jika anda tidak memiliki tanaman lavender di rumah.



#Ketiga : Lada hitam

  • [##] Ekstrak lada hitam boleh digunakan sebagai salah satu tambahan di dalam ubat anti nyamuk untuk mengusir nyamuk. Bau lada hitam cukup pedas dan ‘menyengat’ membuatkan nyamuk lari!



#Keempat : Bunga Teratai

  • [##] Jika anda menanam bunga teratai pada kolam, anda berjaya mencegah nyamuk serta larvanya untuk berkembang. Teratai dipercayai sebagai penghalau nyamuk semulajadi yang sangat efektif.


EmoticonEmoticon